Abby Abadi Kongsi Pekerjaan Menantu Sara 2 Isteri, Doa Aslam Mampu Tunai Tanggungjawab

Selebriti, Abby Abadi kongsi pekerjaan menantu sara dua isteri dalam satu sidang media dan berharap agar Aslam mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik dan adil.

Bersyukur mampu jawab soalan2 media

Menerusi perkongsian Abby Abadi di Instagram, dia meluahkan rasa syukur diatas kelancarannya menjawab soalan-soalan daripada pihak media berkenaan perkahwinan anaknya, Marissa Dania.

Menurutnya, apa yang berlaku sudah pun terjadi dan masing-masing telah menerima hidup berpoligami. Jadi, menantunya, Ahmad Aslam memainkan peranan yang penting sebagai seorang suami dalam menggalas tanggungjawab tersebut.

Abby Abadi kongsi pekerjaan menantu, harap Aslam dapat jalankan tanggunjawab

Jelasnya, Allah telah memberi izin kepada Aslam dalam berpoligami, jadi dia perlu memikul tanggunjawab itu di usia yang muda bagi memastikan kedua-dua isteri mendapat hak sewajarnya.

“Mudah sangat jalan yg ALLAH izinkan utk Aslam ni beristeri dua, Jadinya.. Semoga dia mampu mengalas tanggungjawab dia sbg suami kepada 2 org wanita yg masih terlalu muda itu.
Jauh lagi perjalanan mereka, jadi doakan yg terbaik ye.. Kitapun pernah muda kan? Jadi tiada siapa yg buleh menentukan jalan hidup kita, melainkan kita sendiri.. “ tulis Abby.

Abby Abadi kongsi pekerjaan menantu, mereka pandai cari duit berniaga

Marissa dan Aslam kembali menjadi tumpuan apabila pelakon, Abby Abadi mendedahkan menantunya hanya bekerja sebagai pemandu e-hailing.

Katanya pekerjaan yang dimiliki oleh Aslam menjadi tunjang bagi menampung kehidupan bersama.

Menurut laporan mStar, Abby hanya mendoakan yang terbaik kerana percaya anak dan menantunya pandai mencari rezeki.

“Saya tiada peluang lagi nak bersembang tapi apa yang saya tahu Aslam bawa Grab dan masing-masing pun berniaga

“Mereka pun pandai cari duit. Jadi doakan sahaja yang baik dan saya rasa mereka ada masa depan yang baik,” katanya.

Akui ada sedikit rasa ralat dengan pilihan anaknya berpoligami

Walaupun mengakui masih ralat dengan pilihan anaknya yang mahu menjadi isteri kedua, dia tetap menerima ketentuan dan mendoakan yang terbaik buat mereka.

“Sejujurnya masih ralat dengan apa yang berlaku tapi saya terima kenyataan dan mendoakan terbaik buat anak-anak saya.

“Saya bukan orang yang boleh berpoligami dan sebab itu apa berlaku dulu saya pilih bercerai sebab tak sanggup berkongsi.

“Tapi benda yang saya tak mahu itu datang sebagai ujian pada anak saya… Saya pun tak tahu kenapa anak saya pilih untuk bergelar isteri kedua,” katanya.

Sudah bertemui Umisya, akui kesilapan dari Marissa, tapi tak salahkan satu pihak

Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan juga memaklumkan sudah bertemu dengan madu anaknya, Umisya Mazlan dan menyedari bahawa kesilapan anaknya, Marissa cukup besar buat wanita itu namun tidak mahu menyalahkan satu pihak sahaja.

“Awal-awal berlaku isu ini, saya dan Misya sudah berjumpa, berpeluk, cium serta bersalaman… Semua dah selesai dan selepas itu kami tiada berjumpa lagi.

“Saya pernah lalui keadaan itu. Saya akui anak saya buat kesilapan besar tapi bukan salah dia seorang.

“Saya tak faham kenapa semua menuding jari pada Marissa sahaja seperti Aslam langsung tak bersalah.

“Saya rasa pelik kenapa orang Malaysia beranggapan sebegitu. Siapa guna istilah penyondol. Habis lelaki tak salah? Pada saya masing-masing ada silap,” ujarnya.

Sebagai ibu hanya mampu doa yang terbaik

Merujuk kepada hantaran Abby di Instagram lagi, dia berpesan supaya Aslam memainkan peranan sebagai seorang suami kepada isteri-isterinya kerana dia hanyalah seorang ibu dan cuma mampu mendoakan yang terbaik buat rumah tangga mereka.

Abby Abadi kongsi pekerjaan menantu

Untuk rekod, Marissa Dania dan Aslam telah heboh diperkatakan semula apabila ada dakwaan mengatakan mereka telah bernikah di Thailand pada 27 Disember 2023.

Selepas pelbagai spekulasi dan kontroversi, akhirnya dia berani berkongsi gambar berhari raya dengan suami dan mengakui tindakannya yang berdiam diri demi memastikan tiada mana-mana pihak terluka.

Isteri pertama Aslam, Umisya juga turut memuat naik gambar berhari raya bersama suami sekali gus menepis dakwaan rumah tangga mereka goyah selepas munculnya berita perkahwinan kedua suaminya bersama Marissa Dania.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*