Panas Berterusan, Air Telaga Di Kelantan Kering, Penduduk Terpaksa Buang Selut & Gali Lebih Dalam

Cuaca panas yang panjang bukan sahaja mengakibatkan tanah menjadi kering dan merekah malah menyebabkan paras air sungai juga turut surut.

Terbaru, menerusi hantaran tular dimuat naik @maryanyoe di TikTok, dia memakluman telaga buatan di rumahnya kering buat kali pertama setelah sekian menetap di sana.

Air telaga di Kelantan kering

Katanya, kejadian tersebut tidak pernah lagi berlaku dan kemarau pada kali ini sememangnya memberikan kesan buat mereka. Mereka terpaksa membuat penggalian semula bagi mencari sumber mata air.

“Sekat (sejak) duduk di rumah peninggalan arwah ayah ni, tak pernah lagi telaga buatan ini kering.

“Tapi akibat kemarau berpanjangan, akhirnya kering juga setelah berpuluh tahun,”maklumnya.

Terpaksa gali dalam, buang selut

Turut kelihatan lapisan tanah lumpur yang tebal di dasar telaga sehingga menghalang punca air daripada keluar.

Disebabkan itu, mereka terpaksa membuang tanah lumpur yang ‘menghuni’ di segenap telaga selain menggali lebih dalam.

“Jadi terpaksa lah ranyaa (sentuh) semula telaga ni, buang selut kedodok (tanah lumpur), gali dalam sikit nak suruh ada air,” ujarnya.

Samalah dengan telaga rumah saya

Meninjau di ruangan komen, terdapat beberapa penduduk di kawasan lain turut mengalami masalah yang sama.

Keadaan cuaca panas telah berlaku di rantau negara terutamanya di Semenanjung Malaysia dan telah menunjukkan peningkatan suhu antara 35 hingga 37 darjah Celcius iaitu pada Tahap 1 (Berjaga-jaga).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, orang ramai perlu berwaspada dan mengelakkan dari melakukan pembakaran terbuka.

Ia susulan keadaan cuaca panas berkenaan dijangka akan berlanjutan dalam tempoh yang agak panjang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : OMM, TikTok @marjanyoe

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*