Satu video memperlihatkan seorang individu memecut motosikal dan meninggalkan rakannya yang sedang berlari kerana dikejar polis telah tular di media sosial.
Kelam kabut di larikan diri
Menerusi muat naik seorang pengguna X dikenali sebagai rdnaiman, dapat dilihat individu sedang kelam kabut melarikan diri susulan dikejar oleh sebuah kereta peronda polis beserta beberapa orang anggota.
Gara-gara tidak mempunyai lesen menunggang motosikal, dua lelaki warga asing yang cuba melarikan diri berjaya ditahan polis di Jalan Pasar Malam, Meru di sini semalam.
Kejadian pada pukul 1 tengah hari itu berlaku ketika sebuah kereta peronda polis (MPV) sedang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Meru.

Aksi itu turut tular di laman X menerusi video berdurasi 45 saat yang memaparkan salah seorang daripada suspek ditinggalkan rakannya yang menunggang motosikal.
Dikejar polis, kawan pula tinggal
Kejadian yang dikatakan berlaku di Kampung Bukit Kapar ini terjadi di satu persimpangan jalan di percayai di Jalan Pasar Malam, Klang dan disaksikan orang awan yang kebetulan berada di sana.
Kg bukit kapar. pic.twitter.com/BwU5NhAueQ
— aimanfarhan (@rdnaiman) May 3, 2024
Situasi cemas itu hanya mampu dilihat mereka apabila sebuah motosikal memecut laju meninggalkan seorang lagi rakannya yang masih berlari melepaskan diri sambil tangan memegang kemas sebuah beg tangan.
Beberapa anggota polis juga diliht berlari menyeberangi jalan demi mendapatkan mereka mungkin disebabkan tindakan yang dilakukan sebelum aksi kejar-mengejar itu berlaku.
Beliau menambah, pemeriksaan terhadap kedua-dua lelaki itu mendapati mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal kerana tidak mempunyai lesen memandu.
Sumber: OMM

Leave a Reply