Anak usahawan sensasi Datuk Seri Vida iaitu Cik B syukur beli G Wagon Brabus bersempena ulang tahun kelahiran ke-19 yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Pemilik nama Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata, dia dapat memiliki kereta mewah tersebut atas berkat doa ibunya selama ini.
Cik B syukur beli G Wagon Brabus G63
Menerusi hantaran dikongsikan di platform TikTik, gadis berusia 19 tahun itu bersyukur dan teruja sewaktu hadir mengambil kunci kereta idaman sambil ditemani ibu serta adik lelakinya, Kacak atau nama penuhnya Muhammad Eric Zaquan Mohd Amin.
Maklum Cik B, dirinya teruja sewaktu pergi mengambil kereta mewah idamannya berwarna hitam itu sebelum membuka kain yang melitupi kenderaan itu.

Cik B berjaya membeli kereta mewah hasil daripada wang sendiri.
“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada mama (Vida) sebab kalau tiada dia bersama saya, saya tidak akan dapat kereta G Wagon Brabus G63 original ini.
“Terima kasih sangat mama, sayang mama dan selamat hari lahir untuk saya,” katanya.
Cik B berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya.
Menerusi perkongsian video tersebut, Cik B turut membuat kejutan menunjukkan nombor plat kereta yang ditempah khas sempena namanya.
Vida bagaimanapun turut meluahkan rasa bangga melihat pencapaian yang dimiliki oleh Cik B.
Malah Vida juga menyifatkan nombor plat CB 111 merupakan nombor yang membawa tuah kepada anak perempuannya itu.
“Cik B beli nombor plat CB. Cik B anak hebat nombor 1, Cik B bisnes nombor 1, Cik B kekayaan nombor 1.
“Mama yang terkejut ingatkan datang nak dapatkan apa benda tetapi rupanya beli kereta sendiri,” ujarnya.

Cik B menyifatkan kejayaan yang dimilikinya berkat sokongan daripada Vida.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Vida yang sering mengatakan Cik B seorang anak yang hebat dan berkat kata-kata itu menjadi doa buat seorang anak.
“Inilah hasilnya bila mak selalu doakan yang baik-baik untuk anak walaupun dalam keadaan apa sekali pun.
“Mak (Vida) dia selalu cakap Cik B anak mama yang hebat, kata-kata itu doa. Tahniah jaga mak elok-elok.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : MStar

Leave a Reply