Safiq Rahim Pula Diserang! Cermin Kereta Pecah Dihentak Tukul Besi.

Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Difahamkan, kenderaan milik pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu telah diserang oleh dua lelaki bermotosikal di Padang Seri Gelam, Johor Bahru, jam 10.05 malam pada Selasa.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat Safiq yang tular di media sosial, kejadian itu berlaku sebaik selesai mengambil barang di Pusat Latihan JDT.

Dalam satu hantaran di laman Instagram, Safiq memaklumkan dia diserang dua lelaki bermotosikal di Jalan Seri Gelam, Johor Bahru, kira-kira pukul 10.05 malam (Selasa) selepas selesai mengambil barang di Pusat Latihan JDT.

“Tak sangka saya pula kena attack berdekatan Pusat Latihan JDT. Zaman kami kena berjaga-jaga,” tulis Safiq dalam hantaran berkenaan.

Menurut Safiq, sebelum insiden itu, keretanya dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua individu tidak dikenali.

Kemudian, pembonceng mengeluarkan sebatang tukul besi sebelum memukul cermin belakang kereta jenis Honda City yang dipandunya.

“Ketukan itu menyebabkan saya terkejut dan memberhentikan kereta. Kemudian dua lelaki tersebut berhenti di hadapan sambil menunjukkan tukul ke arah saya.

“Kerana takut, saya mengundurkan kereta sebelum dua lelaki berkenaan beredar dari lokasi kejadian.

“Ketukan tersebut menyebabkan cermin bahagian belakang kereta saya pecah,” demikian kenyataannya dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Larkin itu.

Pemain itu turut memuat naik sekeping gambar memaparkan cermin di bahagian belakang keretanya yang pecah.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards menerusi kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan dengan segera.

“Kami juga menasihatkan para pemain kami untuk berhati-hati dengan persekitaran dan hantaran mereka di media sosial pada setiap masa,” ujarnya.

Sebelum ini, dua pemain kebangsaan, Akhyar Rashid dan Faisal Halim menjadi sasaran apabila diserang individu tidak dikenali.

Akhyar, 25, yang menyertai pasukan Terengganu FC (TFC) disamun dan dipukul sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala dalam kejadian malam Khamis minggu lalu.

Sementara itu, Faisal yang merupakan pemain Selangor FC pula disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli belah di Kota Damansara pada petang Ahad.

Akibat simbahan cecair dipercayai asid sulfurik pekat, pemain berusia 26 tahun itu disahkan mengalami kelecuran tahap empat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*