Lelaki ‘Kaki Masjid’ Meninggal Sendirian Di Rumah.

Berkongsi cerita itu di Facebook, Ustaz Hanafi berkongsi satu cerita mengenai seorang kenalannya di masjid yang tinggal bersendirian.

Walaupun rumah kenalannya itu tidak mempunyai penghuni lain, namun ada suatu masa jirannya dapat merasakan rumah tersebut lebih sunyi daripada kebiasaan.

Bagi Ustaz Hanafi pula, dia agak pelik apabila tidak melihat kelibat rakannya itu di masjid seperti biasa yang mana ketika itu hampir menjelang 1 Syawal.

Jangan tak kenal siapa jiran kita. Jangan langsung tak ambil tahu urusan jiran.

USTAZ HANAFI

PENCERAMAH BEBAS

Dia menyangka kenalannya itu sudah pulang ke kampung untuk beraya.

“Tapi selepas hari raya, jirannya terhidu bau yang pelik. Jiran pun panggil polis untuk pecah masuk rumah. Rupanya dia dah meninggal dunia di rumah beberapa hari sebelum itu.

“Alhamdulillah, inilah pentingnya peranan jiran. Sedar apa yang berlaku pada jiran,” katanya sambil menambah mempunyai jiran yang baik merupakan rezeki yang besar.

Mengulas lanjut, Ustaz Hanafi berkata, jiran sebenarnya merupakan individu paling dekat selepas keluarga kerana mereka menjadi tempat untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlaku kecemasan.

Justeru katanya, setiap individu perlu menjadi jiran yang baik sekiranya mahu mendapat jiran yang juga berbudi dan prihatin.

Menerusi hantaran sama di Facebook, Ustaz Hanafi turut berkongsi beberapa tip ‘jangan’ yang boleh dielakkan untuk menjadi jiran yang baik.

“Jangan tak kenal siapa jiran kita. Kenali mereka dan keluarga mereka. Jika ada kecemasan, mudah untuk kita berhubung dengan keluarga mereka.

“Jangan langsung tak ambil tahu urusan jiran. Ambil tahu sakit demam mereka. Ziarah dan bantu apa yang perlu.

“Jangan biarkan jiran tidur dalam kelaparan. Bila berjiran dengan orang susah, bantu mereka apa kita mampu. Hulurkan makanan buat mereka,” katanya.

kaki masjid 1

Ustaz Hanafi berkongsi kisah masyarakat yang memberi pengajaran dan keinsafan.

Turut penting dalam adab berjiran, katanya, jangan menyusahkan jiran atau melakukan perkara yang tidak disukai mereka serta jangan menyebarkan aib.

“Bila kita tutup aib orang, Allah akan tutup aib kita. Dan jangan bandingkan hidup kita dengan jiran. Bersyukur apa adanya, setiap orang ada rezeki masing-masing.

“Bila kita amalkan, insyaAllah hidup kita akan tenang dan tenteram,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*