Pengantin Muslim Pakai Seksi Ketika Nikah Adalah Budaya Jahiliah – Mufti

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor memaklumkan pengantin muslim pakai seksi ketika akad nikah merupakan satu budaya jahiliah dan mungkar.

Pengantin muslim pakai seksi bercanggah dengan garis panduan dalam Islam

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, beliau menyatakan cara berpakaian tersebut tentunya bercanggah dengan garis panduan Islam kerana tidak menutup aurat semasa akad nikah.

“Sebagaimana diketahui oleh majoriti masyarakat Islam, hukum menutup aurat adalah wajib dalam agama Islam.

“Aurat lelaki Muslim (yang wajib ditutup) ketika berada di hadapan khalayak adalah di antara pusat dan lutut manakala Muslimah atau wanita Islam pula diwajibkan menutup seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan ketika kehadiran lelaki ajnabi atau bukan mahram,” katanya.

pengantin muslim pakai seksi

Pengantin muslim pakai seksi ketika nikah budaya jahiliah

Perkara tersebut dinyatakan beliau sewaktu mengulas isu selebriti wanita Islam yang berpenampilan agak terbuka ketika majlis akad nikah yang dilangsungkan baru-baru ini.

Ujarnya lagi, walaupun wanita Islam wajib menutup seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan, namun, sewaktu berada dalam lingkungan sesama wanita, mereka hanya diwajibkan menutup aurat di antara pusat hingga lutut sahaja.

“Cuma pakaian itu disyaratkan tidak nipis sehingga menampakkan kulit dan tidak pula terlalu ketat.

“Pada prinsipnya, wanita Islam diharuskan memakai apa jua fesyen pakaian termasuk ketika menghadiri majlis akad nikah dengan syarat-syarat seperti dinyatakan,” katanya.

pengantin muslim pakai seksi

Sebelum ini, beberapa gambar selebriti wanita bernikah dengan pakaian yang boleh dikatakan seksi telah menjadi topik bualan warganet di media sosial.

Difahamkan, pakaian sewaktu majlis akad nikah tersebut telah mendapat sentuhan daripada pereka fesyen antarabangsa terkenal.

Namun, ramai yang mengecam tindakan selebriti itu kerana berpenampilan agak terbuka memandangkan majlis suci itu dihadiri oleh jurunikah dari pejabat agama Islam serta mereka yang bukan mahram.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*