Pengantin perempuan dihurung lalat ketika bersolek, penduduk dedah rahsia kawasan sebelah

SATU kejadian yang penuh misteri!

Begitulah kisahnya apabila sejumlah kawanan lalat menghurung seorang pengantin perempuan ketika dia sedang disolek di Solo, wilayah Jawa Timur, Indonesia.

Klip video memaparkan kejadian itu dimuat naik di platform TikTok pada Khamis lalu.

Dalam video tersebut, ratusan lalat dilihat mengerumuni bahagian wajah dan tubuh wanita berkenaan.

Ketika kejadian, pengantin berkenaan sedang disolek, manakala kawanan serangga itu mendekati tubuh wanita berkenaan.

Pengantin perempuan itu kelihatan tidak selesa dan menyeka wajahnya berkali-kali untuk menghalau lalat-lalat tersebut.

Punca kehadiran lalat yang banyak itu dikatakan kerana lokasi majlis perkahwinan tersebut terletak berhampiran ladang ternakan ayam. – TribunJatim.com

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*