Sekitar tahun 2022 lalu, pelakon dan pengacara, Myra Natasya Abdullah pernah menjadi perhatian ramai kerana statusnya bersama ayahnya Halim Othman yang merupakan bekas penyampai radio terkenal.
Pada ketika itu, Myra mendedahkan namanya berbintikan Abdullah kerana ayahnya berkahwin dengan ibunya di Thailand pada tahun 1994 sebelum bercerai pada tahun 1998.
Dirinya yang lahir pada tahun 1995 menyukarkan proses untuk ‘bintikan’ namanya dengan nama Halim kerana perkahwinan itu tidak didaftarkan di Malaysia, lapor Harian Metro pada tahun 2022.
KETIKA timbul persoalan mengenai kesahihan status Myra Natsya yang mendakwa dia ialah anak tidak sah taraf, ibu wanita itu tampil mengesahkan perkara tersebut.
Yusnita Omar, 49, berkata dia sebagai ibu yang melahirkan aktres berkenaan mengakui anaknya itu lahir bukan hasil perkahwinan yang sah antara dia dengan bekas penyampai radio, Halim Othman.
Yusnita juga berkata, dia tidak berasa marah dengan pendedahan dibuat Myra kerana apa yang berlaku semuanya sudah menjadi sejarah.
Yusnita Omar, 49, berkata dia sebagai ibu yang melahirkan aktres berkenaan mengakui anaknya itu lahir bukan hasil perkahwinan yang sah antara dia dengan bekas penyampai radio, Halim Othman.
Yusnita juga berkata, dia tidak berasa marah dengan pendedahan dibuat Myra kerana apa yang berlaku semuanya sudah menjadi sejarah.
Myra berkongsi perbualan mesej bersama ibunya.
“Apa yang sudah berlaku biarlah berlalu. Allah sudah aturkan semuanya. Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.
Dalam pada itu, Myra turut memohon maaf kepada ibunya kerana terpaksa berkongsi kisah peribadi mereka kepada umum.
Bagaimanapun Myra bersyukur kerana ibunya sangat memahami dengan situasi yang dilaluinya sejak sekian lama.
“Saya ada bertanya kepada ibu sama ada dia marah apabila saya mendedahkan semua ini kepada umum.
“Ibu berkata tidak mengapa, dia faham apa yang saya lalui selama ini,” ujarnya.
Sebelum itu, Myra mendedahkan Halim dan ibunya tidak pernah berkahwin di Thailand seperti dicanang sebelum ini dan dia merupakan anak tidak sah taraf. ‘
Ibu kata tidak mengapa, dia faham apa yang saya lalui selama ini.
MYRA NATASYA
PELAKON
Myra memberitahu sebelum ini dia terpaksa menipu tentang cerita perkahwinan Halim dan ibunya kerana ingin menjaga nama baik personaliti berkenaan.
Pelakon itu berterus terang tentang statusnya selepas Halim didakwa menukar status sijil kelahirannya dengan mengisi namanya pada bahagian maklumat bapa yang sebelum ini kosong.
Tidak hanya itu, Myra terguris hati apabila nama bapa angkatnya iaitu Kenny Chan, 60, diletakkan di ruang pemberi maklumat.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : Mstar
Leave a Reply