Chef selebriti Anis Nabilah tawar diri hantar lelaki OKU (orang kurang upaya) penglihatan untuk pulang ke rumah selepas melihat dia lama menunggu pemandu e-hailing.
Chef Anis Nabilah dalam hantaran di Instagram berkata, dia terjumpa dengan seorang lelaki OKU penglihatan sewaktu sedang makan di kedai mamak pada malam Khamis.
Tawar diri hantar lelaki OKU balik rumah
“Dia tunggu grab nak balik kat tepi jalan, kemudian saya tengok dia berdiri seorang diri dalam 10 minit dan banyak kereta memandu dengan laju di tepi, tetapi Grab dia tak sampai-sampai.
“Jadi, selepas habis makan, saya pergi ke arah dia dan bertanya sama ada dia okey. Nama dia Prakash dan sudah lama menunggu Grab tak sampai,”katanya.
Prakash ajar tuisyen untuk budak SPM
Tambah Chef Anis Nabilah, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 1 pagi dan dia mengambil keputusan untuk menghantar pulang ke rumah.
“Sambil tu saya sembang dengan dia. Dia sangat sopan, lemah lembut dan petah.
“Prakash cakap dia ajar tuisyen untuk pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Setakat ini ada dua pelajar (tahun ini). Tahun lepas dia mempunyai 4 orang pelajar.
“Jadi, dia sedang mencari sesiapa yang nak belajar dengan dia,”kongsi Anis Nabilah lagi.
Oleh itu, chef selebriti berusia 37 tahun itu menawarkan dirinya untuk membantunya bagi mencari mereka yang memerlukan kelas tuisyen selepas mendapat kebenaran daripada empunya badan,
“Ramai nak caj mahal dan dia tak mampu. Jadi, saya tanya adakah okey jika saya rekod dan kongsi di media sosial.
“Di sini, Prakash nyatakan nombor telefon untuk dihubungi. Jika sesiapa berminat, bolehlah hubungi Prakash,”kongsinya.
View this post on Instagram
Sementara itu, Anis meluahkan rasa syukur dan gembira kerana dipertemukan dengan insan istimewa seperti Prakash yang tidak menjadikan kekurangannya sebagai halangan untuk meneruskan kehidupan.
Sumber: Instagram Anis Nabilah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : OMM
Leave a Reply