KENAIKAN gaji lebih 13 peratus untuk penjawat awam sememangnya pengumuman yang ditunggu-tunggu mereka.
Namun di sebalik berita gembira yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei lalu, terdapat penjawat awam yang sedang bersedih.
Ingatkan harga barang je boleh naik, tak tahu pula wang hantaran perkahwinan pun boleh naik macam tu. Itulah apa yang dikongsikan seorang lelaki yang kecewa apabila bakal ibu mentua menaikkan wang hantaran perkahwinan yang sudahpun dipersetujui secara tiba-tiba.
Ini termasuklah seorang penjawat awam berusia 31 tahun yang mengenangkan nasibnya bakal bergelar suami tidak lama lagi.


OH! TIDAK
Lelaki Kesal Bakal Ibu Mentua Naikkan Hantaran RM14
Kenaikan wang hantaran sebanyak RM4,000 ternyata memberi tekanan kepadanya dengan hari istimewa itu hanya berbaki kira-kira enam bulan lagi.

“Aku stres gila sampai gaduh dengan tunang. Rasa macam tak ke mana dah hubungan ni,” katanya terkilan.
Gaji belum naik, hantaran dah naik.
NETIZEN
Rata-rata netizen menerusi ruangan ciapan balas berkongsi rasa simpati mengenai nasib pemuda itu.
Malah, ramai yang terkejut ibu bapa tunangnya tergamak sewenang-wenangnya menaikkan wang hantaran hanya disebabkan kenaikan gajinya sebagai penjawat awam.

Memeriksa simpanan yang diperuntukkan untuk wang hantaran. -Gambar hiasan
“Gaji belum naik, hantaran dah naik.
“Anak mereka ‘barang’ ke nak naik harga pula? Famili ‘red flag’ ni, hari ni minta naik… esok nak kahwin up lagi RM2,000 sebab nak cukupkan RM20,000, pening.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : Mstar

Leave a Reply