Tahukah anda, tidak membawa kad pengenalan diri mycard semasa keluar kemana-mana adalah salah disisi undang-undang?
Di TiKTok, seorang pemuda dikenali sebagai Jokercho mengimbas kisahnya yang ditangkap di sebuah pusat beli-belah di Klang, Selangor kerana tidak membawa kad pengenalan.
“Hari ni aku ada nak kongsi pengalaman empat hari masuk lokap sebab tak bawa IC. Dulu, masa umur aku 16 tahun, IC aku hilang.
“Jadi aku mohon kat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Mereka bagi IC sementara, sekeping kertas. Waktu tu umur 16, tengah ligat selalu nak berjalan.
“Masa tu nak bawa IC tapi aku takut, makin lama simpan dalam poket, makin ronyok. Jadi aku simpan kat rumah,” ujarnya memulakan cerita.
Style dulu bila kena tangkap, balik rumah mandi air limau, buang baju yang dipakai di lokap.
JOKERCHO
Menurut pemuda itu, ketika tiba di pusat beli-belah berkenaan, dia melihat sekumpulan individu termasuk warga asing ditahan polis.
Pemuda itu meneruskan perjalanannya seperti biasa, namun diarahkan ke tepi oleh polis sebelum pemeriksaan mendapati dia tidak mempunyai sebarang pengenalan diri bersamanya.
Akhirnya, dia digari bersama tahanan lain sebelum dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.
“Ada polis minta IC, masa tu aku tak bawa IC. Tak banyak cerita, aku kena gari. Member aku lepas dia ada IC. Aku pesan suruh dia beritahu bapa aku.
“Naik trak ramai-ramai pergi balai polis. Masuk tiba-tiba ada orang kenal, orang kampung kat situ. Dia jaga aku dalam tu selama empat hari,” ceritanya lagi.
Selepas ditahan di lokap, pemuda itu berkata dia akhirnya dibicarakan di mahkamah sebelum hakim menjatuhkan hukuman penjara sehari atas kesalahannya.
“Hakim cakap, ada apa-apa rayuan ke? Kita budak kan masa tu, aku cakap tuan hakim saya janji saya tak buat lagi, lepas ni pergi ke mana-mana saya bawa IC. Dia ketuk tukul, dia kata sehari penjara.
“Orang sebelah cakap jangan risau, sehari penjara duduk penjara mahkamah je. Duduk dalam tu, nanti pukul 4 balik. Duduk situ menunggu,” ceritanya.”
Kisah yang dikongsi pemuda ini membuka mata orang ramai tentang kepentingan membawa MyKad ketika keluar.
Selepas dibawa pulang ke rumah, pemuda itu berkata dia turut dimandikan dengan air limau, malah pakaiannya turut dibuang oleh ahli keluarganya.
“Style dulu bila kena tangkap, balik rumah mandi air limau, buang baju yang dipakai di lokap. Pergi sembahyang. Itulah kisahnya. Teringat apabila aku buat IC tadi.
“Kepada kawan-kawan yang tiada IC, hati-hati tau. Jangan keluar macam tu saja… disebabkan IC tak ada, boleh kena denda RM2,000 atau penjara sehari. Itu masa tu lah, sekarang tak tahu la,” ujar pemuda itu lagi.
Hingga kini perkongsian itu menerima hampir 700,000 tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

Pihak polis boleh melakukan semakan dokumen pengenalan diri pada bila-bila masa. -Gambar hiasan
Untuk info, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membawa kad pengenalan atau MyKad ketika berada di luar rumah bagi memastikan identiti mereka dapat dikenal pasti sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pahang, Mohamad Abdullah berkata, kegagalan mengemukakan MyKad semasa diperiksa juga boleh dikenakan tindakan.
“Mereka yang didapati gagal mengemukakan MyKad dikenakan tindakan di bawah Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
“Bagi peruntukan di bawah peraturan ini, mereka yang didapati bersalah boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000, atau kedua-duanya sekali.” katanya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : Mstar

Leave a Reply