Bila sebut saja makan gaji dengan kerajaan atau penjawat awam atau nama glamor kerja government, tentu orang akan cakap “Wah… Untung la kerja kerajaan, ada jaminan”.
Hanya orang kerja government sendiri saja tahu menilai apa keistimewaan dan kekurangan orang government ini sebenarnya. Bila dah dapat kerja government pun bukan senang sebenarnya.
Malah, ada ibu bapa yang mahu anak mereka berkahwin dengan penjawat awam demi mendapatkan kehidupan yang selesa kerana kerjaya dalam sektor itu lebih terjamin.
Di TikTok, seorang wanita berkongsi kisah rakannya yang berdepan nasib malang apabila bersuamikan seorang pegawai kerajaan.

Sering dipandang rendah oleh mentua
“Salah seorang rakan saya cerita, dia kena halau dengan keluarga suami dari rumah yang disewa, sebab katanya dia banyak habiskan duit suami tapi tak kerja.
“Padahal orang yang rapat macam aku je yang tahu, hampir 90 peratus kelengkapan rumah, datang dari bisnes online si isteri yang juga kawan saya.
Isteri print slip gaji si suami dan bagi pada keluarga belah sana. Baru tahu yang gaji si lelaki tinggal ratus-ratus.
“Tapi dia dituduh habiskan duit suami tu. Hampir nak gila kawan aku dengan apa yang terjadi,” dedah wanita itu menerusi perkongsiannya di aplikasi TikTok pada Isnin.
Memilih jalan berpisah
Namun, dia berpuas hati apabila bekas mentua rakannya itu baru menyedari kesilapan di pihak mereka selepas pasangan tersebut berpisah.
“Dan akhirnya bercerai. Melopong la keluarga belah sana bila rumah sewa kawan aku tuntut, kereta, motor, even ke baju branded si suami yang isteri beli pun dia tuntut.
“Famili sana nampak anak dia pegawai kerajaan, jadinya isteri ni tukang habiskan duit. Padahal mereka tak tahu, seluar dalam suami pun isteri kena belikan.
“Bagus bila hari perpisahan tu, isteri print slip gaji si suami dan bagi pada keluarga belah sana. Baru tahu yang gaji si lelaki tinggal ratus-ratus, cukup untuk isi minyak motor je,” ujarnya lagi.

Ramai netizen menyelar sikap mentua wanita itu yang menjadi punca keruntuhan rumah tangga insan yang tidak bersalah.
“Dilabel habiskan duit suami walhal itu memang tanggungjawab suami. Keluarga mentua fikir apa sebenarnya?
“Bila kerja, cakap perempuan nanti jadi ego. Bila jadi suri rumah, dituduh habiskan duit suami.
“Padan muka. Mentua selalu ingat yang menantu perempuan ni tak reti cari duit.
“Saya pernah kena tapi Allah itu maha adil,” tulis beberapa netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : Mstar

Leave a Reply