Disangka Sahabat Baik, Rupanya Warga Emas Ini Merupakan Ibu Dan Anak.

Dua orang warga emas menjadi tumpuan netizen apabila ramai yang menyangka mereka adalah sahabat walhal ibu dengan anak yang usia sudah melepasi separuh abad.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, wanita tersebut memberitahu ibu dan anak itu masing-masing berusia 98 tahun dan 60 tahun.

Difahamkan, ibu dan anak tersebut adalah pelanggan setianya selama 30 tahun dalam membeli bahan keperluan asas di pasar borong Menglembu, Ipoh.

Disangka sahabat baik

“Ya Allah panjangkan umur mereka, berikan kesihatan dan kekuatan, permudahkan segala urusan didunia dan diakhirat, terima kasih setia jadi customer kami selama 30 tahun,” ujarnya.

@nealea95 YaAllah panjangkan umur mereka, berikan kesihatan dan kekuatan, permudahkan segala urusan didunia dan diakhirat, terima kasih setia jadi customer kami selama 30 tahun #fypシ゚viral #ibudananak ♬ original sound – Younita


Sehingga kini, hantaran tersebut telah meraih lebih 1 juta tontonan dan mendapat lebih 100,000 tanda suka daripada warganet selepas beberapa dimuat naik dalam aplikasi tersebut.

Disangka sahabat baik

Kuatnya nenek tu! Hidup pada zaman Tun Mahathir

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kesihatan yang diperoleh oleh anak beranak tersebut yang masih kuat melakukan aktiviti harian.

Manusia terpilih je yang boleh menua bersama ibu

Malah, ramai yang berpendapat hanya manusia terpilih sahaja berpeluang menua bersama insan tersayang dan mendoakan agar mereka dikurniakan kesihatan yang serta dilindungi Allah selalu.

 

Sumber: TikTok @nealea95

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*