Gadis Suka Makan Nasi Putih Tanpa Lauk Jejak Raih Perhatian. “Rasa Apalah Agaknya”

Nasi dan rakyat Malaysia memang berpisah tiada.

Ada segelintir daripada kita yang tak boleh hidup tanpa nasi. Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi.

Namun,usahawan produk kecantikan yang mendedahkan anak perempuannya gemar makan nasi putih tanpa lauk sejak kecil menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh usahawan terbabit di laman TikToknya, dia meluahkan rasa hairan terhadap selera makan anak sulungnya itu yang sangat berbeza dengan orang lain.

Gadis suka makan nasi putih

Dalam perkongsian tersebut, kelihatan anak perempuannya yang anggun memakai persalinan berwarna coklat menikmati juadah nasi putih sebanyak dua kali.

“Dari lahir sampai besar panjang, entah bilalah agaknya dia nak makan normal macam orang lain,” ujarnya.

Gadis suka makan nasi putih

@attyrasaari

Dari lahir sampai besar panjang, entah bilalah agaknya dia nak makan normal macam orang lain ‍

♬ original sound – Attyra Saari

Netizen tertanya-tanya perasaan makan nasi tanpa lauk!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan tabiat yang dimiliki anak usahawan tersebut malah tertanya-tanya perasaan ‘meratah’ nasi putih kosong tanpa sebarang hidangan sampingan.

 

Sumber: OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*