Wanita Perlekeh Bau Laksa Sarawak Macam Jamu. Sharifah Zarina Terus Masuk Komen

Setiap negeri di Malaysia masing-masing mempunyai budaya dan makanan ‘signature’nya yang tersendiri.

Contohnya seperti negeri Pulau Pinang yang terkenal dengan Nasi Kandar, Kelantan dengan Nasi Kerabu, Terengganu dengan Nasi Dagang serta Sarawak yang sinonim dengan Laksa Sarawaknya.

Keunikan budaya dan variasi makanan inilah yang menjadikan negeri-negeri di Malaysia sentiasa menjadi destinasi pilihan pelancong baik dalam mahupun luar negara.

Walau bagaimanapun, setiap orang mempunyai pendapat masing-masing apabila bercakap tentang makanan khususnya dari segi rasa.

Wanita Komen Laksa Sarawak Bau Jamu

Terbaharu, hangat di media sosial video seorang wanita mengkritik makanan yang sedang dinikmatinya dipercayai Laksa Sarawak di salah sebuah pusat beli belah di Bintulu, Sarawak.

Menerusi video yang dikongsikan di Facebook oleh pemilik akaun Affy Johary, kelihatan wanita itu cuba menikmati hidangan tersebut sambil menutup hidungnya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang lagi individu dipercayai rakannya yang menyifatkan aroma dan bau hidangan tersebut seperti jamu.

“Ini apa ini? Laksa Sarawak ke ni? Bau jamu okay. Apa ni? Dia letak apa ni? Daun Basil?” kata rakannya sambil mentertawakan wanita itu.

Difahamkan, video tersebut pada mulanya dimuat naik seorang pengguna Facebook namun akaun dan video itu telah dipadam.

Walau bagaimanapun, video berjaya dimuat turun dan dikongsi semula oleh pengguna media sosial yang lain.

Bahkan, kapsyen asal pada hantaran tersebut juga berjaya ditangkap layar.

“Maaf orang Sarawak, kita bukan niat nak mengutuk, nak tanya je. Memang laksa Sarawak bau macam jamu macam ni ek?

“Yang kita gelak teruk sebab member tu dah rasa dekat hotel, masa breakfast (sarapan), penat dia gelak tak boleh tahan.

“Tapi kita pergi Spring Mall tu order (pesan) mi kari sampainya sama laksa Sarawak. Sebiji macam jamu maajun tu. Tak tertelan tolak gitu saja RM15,” tulis wanita itu.

Hantaran Undang Kecaman Warganet

Hantaran tersebut nyata menarik perhatian warganet yang melihat. Rata-rata warganet mengecam tindakan wanita berkenaan yang dilihat seolah-olah tidak menghormati makanan.

Malah, ada yang risau dan peka dengan perasaan orang Sarawak yang mungkin tersinggung dengan video tersebut.

Namun, ada yang mendakwa makanan yang dipesan oleh wanita itu bukanlah Laksa Sarawak yang sebenar namun mee kari.

Gara-gara tindakan seorang individu yang sewenang-wenangnya menghina makanan kebanggaan negeri Sarawak, penyanyi kelahiran Bumi Kenyalang itu, Sharifah Zarina menempelak perbuataan biadab tersebut.

“Amboi kak, seronoknya gelak. Rasa jamukah laksa Sarawak? Sebab itulah kami orang Sarawak kulit mulus, putih dan gebu.

“Kakak perasan tak kalau di Kuching, cantik-cantik sahaja tidak kira lelaki atau perempuan,” sindirnya dalam video TikTok.

Geram dengan ejekan seumpama itu, pelantun lagu Langit Ke Tujuh itu turut menyarankan wanita terbabit membawa pulang pes laksa supaya dapat kekal cantik seperti masyarakat Sarawak.

“Kami tak makan jamu dalam botol, kami terus minum kuah laksa Sarawak.

“Dekat sana, buka mata sahaja makan laksa. Petang dan malam pun sama.

Berikut adalah komen warganet:

“Kenapa Buat Macam Tu? Kalau Tak Suka Tak Payahlah Perlekeh Makanan Tu”

“Ini Bukan Laksa Sarawak, Laksa Sarawak Tak Bau Jamu Sis”

“Laksa Sarawak Sedap Oi, Ini Bukan Laksa Sarawak, Macam Kuah Kari Je”

“Muhasabah Diri Makcik, Kita Datang Tempat Orang Adab Tu Jangan Tinggalkan Dekat Rumah”

“Cuba Fikir Dulu Sebelum Buat Video, Apa Perasaan Orang Sarawak Kalau Dengar”

“Kalau Tak Suka Pun Jangan Sampai Menghina Makanan Sarawak, Pergi Tempat Orang Jaga Adab”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Buzz Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*