Polis Buru Geng Honda Selamba Masak Mee Segera Guna Dapur Mini Di Stesen Minyak ‘Genting Highlands..’

Beberapa hari lepas, tular sebuah video berdurasi 1 minit 2 saat yang memaparkan sekumpulan pemilik kenderaan jenis Honda sedang berkumpul ramai-ramai di sebuah stesen minyak Petron di Genting Highland dan bertindak memasak mi segera menggunakan dapur api mudah alih.

Lebih membuat netizen marah apabila mereka kelihatan sedang leka dan bersahaja sehingga tidak memikirkan keselamatan orang ramai kerana stesen minyak merupakan kawasan yang mudah terbakar.

Video tersebut memaparkan mereka membuka meja lipat, kerusi lipat dan mula memasak mi segera menggunakan dapur api mudah alih. Selain itu, kelihatan juga sebuah kereta peronda polis yang turut hadir dan menegur tindakan mereka itu di dalam video.

Walau bagaimanapun, mereka tidak menghiraukan teguran dari kereta peronda polis terbabit dan kelihatan masih meneruskan tindakan mereka. Tinjauan kami di ruangan komen mendapati ramai netizen yang meluahkan rasa geramnya dan meminta pihak stesen minyak dan pihak berkuasa untuk mengenal pasti identiti mereka yang terlibat di dalam video tersebut.

Lokasi tersebut sememangnya cukup berisiko

tindakan kurang cerdik tersebut dikongsikan di platform digital mereka sehingga menuai kecaman memandangkan ia sangat berbahaya kerana lokasi tersebut sememangnya cukup berisiko.

Polis dah terima laporan

Memetik laporan dari Berita Harian, Ketua Polis Bentong,  Superintendan Zaiham Mohd Kahar memaklumkan pihak mereka telah menerima laporan  sekitar jam 12.35 tengah hari tadi di Balai Polis Bentong.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati, rakaman video terbabit tular melalui satu laman sosial X (dahulu Twitter) dan telah dimuat naik pada 13 Mei lalu.

Polis buka kertas siasatan berkenaan video geng Honda

Susulan daripada itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu satu kesalahan menyebabkan kegusaran am kepada orang awam.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

“Kita mohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

 

Sumber: Berita Harian (Noor Azizah Mokhtar)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*