Kebiasaannya, para guru akan menerima hadiah daripada anak murid ketika Hari Guru sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka yang juga tidak pernah mengalah untuk memberikan ilmu pengetahuan.
Pelbagai hadiah yang diterima guru tetapi hadiah yang bakal diberikan oleh murid ini telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian pengguna @nurashikindin di TikTok, kelihatan wanita itu dan suaminya telah membawa anak mereka berkunjung di sebuah kedai barang kemas untuk membeli hadiah buat guru anaknya itu.
Difahamkan ibu bapa kanak-kanak tersebut membeli 10 utas gelang untuk diberikan kepada guru-guru anaknya itu.
“Hadiah Hari Guru 2024 daripada Hafiy Hadeef untuk mualim dan mualimah (guru). 10 orang gurunya.”
Menurut Nurashikin, itu adalah cara mereka menghargai jasa dan pengorbanan tenaga pengajar yang tidak lokek mencurahkan ilmu untuk cahaya mata mereka yang berusia 7 tahun.
“Bertuah cikgu dia”
Menjengah ke ruangan komen, netizen menitipkan ucapan terima kasih dan memuji cara yang digunakan ibu bapa ini dalam menghargai jasa guru-guru anaknya.
Dalam pada itu, netizen juga mengimbau kenangan mereka ketika sambutan Hari Guru suatu ketika dahulu.
Malah, ada juga guru yang meninggalkan komen kenangan mendapat hadiah daripada anak-anak muridnya dan bagi mereka kesemua hadiah yang diterima amat bermakna.
Betul tu, hadiah apa pun guru tak kisah, asalkan anak muridnya menjadi insan berjaya
Sumber: TikTok
Leave a Reply