Gagak Ditembak Jatuh Masuk Periuk Besar Sup, Peniaga Rugi Hampir RM2,000

Korang kalau tinggal dekat kawasan yang banyak pokok, mesti akan selalu nampak gagak kan. Gagak ni adalah haiwan perosak dan kehadirannya selalu menganggu penduduk setempat. Sebab itu lah kadang-kadang pihak berkuasa tempatan (PBT) menjalankan operasi menembak burung gagak.

Walau bagaimanpun, kadang-kadang tu PBT tak dapat nak kawal dekat mana burung gagak yang ditembak akan jatuh. Mereka hanya boleh kutip dan lupuskan selepas tamat operasi.

Menerusi satu video dimuat naik di TikTok, pemilik perniagaan Twin Cafe Sup 88 mendakwa mereka mengalami kerugian hampir RM2,000 akibat insiden tersebut.

Seorang peniaga mendakwa telah kerugian hampir RM2,000 selepas gagak terjatuh dalam periuk besar sup ketika operasi Ops Crow Sharpshooter (Ops CoSS) edisi Mini 2/2024, baru-baru ini.

Mereka bagaimanapun reda dengan kejadian yang berlaku.

Mungkin lepas ni boleh fikirkan untuk masak sup dalam periuk besar macam tu di kawasan yang bertutup. Boleh elakkan dari sebarang benda yang tak diingini masuk. Semua pihak buat kerja masing-masing, kadang-kadang tu ada perkara diluar jangkaan berlaku kan. 

Tak perlu buang periuk, boleh guna lagi

Sementara itu, Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Masyarakat Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, orang ramai tidak perlu berasa was-was untuk menggunakan perkakas sama kerana haiwan yang perlu disamak hanya khinzir dan anjing.

Periuk atau bekas yang dicemari oleh binatang atau bangkai tidak perlu dibuang kerana masih boleh digunakan semula setelah dicuci dengan bersih.

“Gagak yang masuk dalam periuk itu sama macam binatang lain cuma makanan atau bahan dalam periuk perlu dibuang sebab sudah dicemari dengan bangkai gagak. Apa yang perlu dilakukan hanya perlu membasuh dengan bersih.

“Walaupun gagak merupakan haiwan yang disuruh bunuh oleh Nabi Muhammad SAW tetapi ia bukannya najis dan hanya binatang perosak. Ia tetap suci, tidak perlu disamak serta disertu,” katanya.

 

Sumber: OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*