Dapat Panggilan Haji, Alyah Umum Tarik Diri Dari Program ‘The Hardest Singing Show’

BARU memasuki minggu kedua program The Hardest Singing Show, penyanyi Datin Alyah mengumumkan penarikan diri daripada menyertai pertandingan berkenaan.

Kata Alyah, 43, keputusan itu dibuat selepas dia mendapat panggilan menunaikan haji pada Jun nanti.

“Saya memohon maaf kepada semua tenaga kerja The Hardest Singing Show, saya terpaksa mengundur diri daripada pertandingan ini. Saya doakan kalian dapat buat dengan sehabis baik.

NP-80

Alyah tarik diri kerana dapat panggilan tunaikan haji.

“Saya akan berangkat ke Tanah Suci, Alhamdulillah saya mendapat panggilan menunaikan haji pada tahun ini,” katanya.

Alyah berkongsi perkara itu melalui satu klip video yang ditayangkan pihak Astro ketika siaran langsung The Hardest Singing Show pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Alyah turut memohon doa orang ramai supaya dia diberi kesihatan dan mendapat haji mabrur.

“Saya juga mohon semua orang mendoakan saya dan mendapat haji yang mabrur,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan urusan Alyah untuk berangkat ke tanah suci dipermudahkan.

Minggu pertama The Hardest Singing Show yang berlangsung pada 12 Mei lalu, Alyah meraih kedudukan keenam dengan markah 64.08.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*