“Cukup Kak Long Saja Gagal Dalam Perkahwinan” – Bella Astillah Minta Bakal Adik Ipar Setia.

Hati wanita mana yang tidak sedih apabila rumah tangga yang dibina tidak bertahan. Untuk melaluinya sudah tentu kita sebagai manusia biasa akan melalui fasa bersedih dan memang ada ketika saya rasa sedih dan down.

Begitu juga dengan situasi yang dialami oleh Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah

Sepotong video yang memaparkan pelakon, Bella Astillah membuat ucapan sempena ulang tahun kekasih adiknya, Didie Astillah iaitu Diniey berjaya mencuri tumpuan netizen.

Bella wish ulang tahun

Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok itu, Bella memaklumkan bahawa dia gembira adiknya mendapat seorang lelaki yang penyabar.

Ini kerana kata Bella, Didi seorang yang kurang sabar selain panas baran dan berharap Diniey sentiasa berada di sisi adiknya itu.

Copy of Untitled - 2024-05-22T110935.098

Bella menyampaikan pesanan itu ketika sambutan hari jadi teman lelaki Didi.

“Kak long (panggilan Bella) kenal macam mana adik (Didi), dia tiada kesabaran dan panas baran.

“Tapi Diniey boleh bersabar cuma kak long harap jangan sebelum kahwin jelah, dan jangan pernah berubah,” katanya.

Bella menitipkan pesanan tersebut menerusi video yang dimuat naik di TikTok Diniey pada Selasa.

Dalam pada itu, Bella berpesan agar lelaki itu tetap setia dan menghormati keluarganya walau dalam apa keadaan sekalipun.

Jelasnya, cukup dia sahaja yang mengalami kegagalan rumah tangga dan tidak mahu Didi merasai perkara sama.

“Kak long tak pernah minta Diniey untuk jadi orang terpaling kaya, cukup setia, sayang dan hormat keluarga kak long.

Copy of Untitled - 2024-05-22T112711.943

Bella dan Aliff sedang menjalani proses penceraian.

“Cukuplah kak long saja yang gagal dalam perkahwinan, kaklong tak nak adik kaklong lalui benda sama,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*