Isteri Cikgu Mengaku Buang Je Kalau Dapat Hadiah Frame, Barang Kedai ECO

Sambutan Hari Guru akan disambut pada 16 Mei pada setiap tahun bagi menghargai pengorbanan para tenaga pengajar.

Hari yang penuh bermakna itu juga sering diceriakan dengan pemberian hadiah daripada pelajar buat guru mereka.

“Dapat hadiah RM2 saya buang je”

Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang wanita telah memuat naik tangkap layar komen isteri kepada seorang guru yang dikatakan ‘pening’ melihat hadiah yang diterima oleh suaminya terlalu banyak di rumah.

“Cikgu lelaki ni dapat hadiah dari murid bukan kesah sangat pun. Depa bawa balik dan longgok kat rumah, Kita yang wife ni yang pening tengok.

Dapat frame ke atau barang2 RM2 saya buang je. Pening tengok kalau banyak sangat. Dapat jam dinding kedai RM2 adalah juga gunanya.”

Isteri guru berkenaan malah lebih menyukai jika hadiah hari guru suaminya adalah barang masakan seperti limau nipis, bunga kantan dan sebagainya.

Ibu bapa terpaksa catu duit untuk beli hadiah

Dalam hantaran yang sama, wanita itu turut meletakkan tangkap layar komen daripada ibu bapa yang terkilan dan meluahkan rasa sedih kerana hadiah hari guru anaknya dibeli menggunakan hasil dia berniaga.

“Jangan bagitau orang…”

Bagaimanapun, pemilik hantaran itu menegur perbuatan isteri kepada seorang guru yang mengaku dia telah membuang beberapa hadiah yang berharga RM2. Mungkin ruang di rumah guru itu sedikit terhad tetapi lebih baik jika menghargai pemberian daripada anak murid.

“Mungkin barang banyak, space pula terhad. Tapi, cubalah tengok dari sudut pandang orang yang memberi tu. Ada sampai bercatu-catu makan demi nak belikan hadiah hari guru….

“Cuma satu je, jangan bagitau orang. Jangan tulis di media sosial. Sebab aku tak dapat bayangkan perasaan mak bapak murid yang berhempas pulas sampai ikat perut bila baca komen kau tu.”

Dia yang kesal dengan tindakan isteri kepada guru berkenaan mendoakan agar Allah menutup aibnya dan tidak mengguriskan hati sesiapa.
Sumber: Oh Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*