Hidup berumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah, banyak liku-liku yang perlu dihadapi bersama tidak kira susah atau senang.
Dalam ciapan yang dikongsikan oleh @meinmokthar, si suami itu berkata dia kini berada dalam kesedihan apabila isterinya itu dikatakan berada dalam ICU kerana stress yang melampau dek terbeban dengan kerja-kerja sebagai seorang suri rumah.
Semoga dipermudahkan anon and wife pic.twitter.com/VfjosKt2X2
— meingl (@meinmokhtar) May 19, 2024
Isteri suri rumah masuk ICU
Wife aku perlu direhatkan sehingga dia dah kuat untuk tak perlu bergantung dengan oxygen. Doktor beritahu pembuluh darah wife pecah. Punca dia stress, penat buat kerja seharian.
Doa isteri cepat sembuh
Hal yang membuatkan situasi itu lebih sedih kerana pasangan terbabit mempunyai dua orang anak kecil dan si suami sama sekali tidak perasan bahawa isteri serba kekurangan dari segi pakaian.
Harini hari ke-4 dari kejadian lepas. Aku sunyi, aku cerita kat sini. Aku harap wife aku sedar. Tiap kali aku jumpa dia, aku merayu menangis minta maaf.
Leave a Reply