Selain negara sendiri, negara seberang adalah antara destinasi pelancongan yang sangat terkenal,menarik, dan memiliki banyak pulau yang indah.
Kisah pengembara solo ke Indonesia
Menyingkap kisah pengembaraan solo yang diceritakan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Alang Anuar yang berlaku beberapa tahun lalu.
Ujarnya, rakan yang senang disapa sebagai Rosli pernah mengembara solo ke Indonesia.
Terkena sihir
“Dia memang rancang ke Indonesia untuk bercuti. Tapi entah macam mana, dia terkena sihir sepanjang berada di sana,” ujarnya memulakan cerita.
Menurut pelukis anime ini, akibat terkena sihir tersebut, rakannya seolah-olah hilang identiti diri sehingga tidak mengingati namanya sendiri.
Lebih menyedihkan apabila situasi itu berlarutan sehingga lima tahun dan dia ‘terkontang-kanting’ di negara orang umpama seorang pengemis.

Warung bakso kebiasaannya dibuka di kawasan rumah.
“Lima tahun kat sana langsung dia tak ingat apa-apa, tak ingat pun nama sendiri,” tambahnya.
Menurut Alang Anuar, keadaan yang berlaku membuatkan rakannya semakin tidak terurus kerana tidak mempunyai sumber kewangan atau pekerjaan untuk meneruskan kehidupan.
Namun dengan kuasa Allah, terdapat seorang individu yang tergerak hati untuk membantu rakannya dengan menawarkan pekerjaan di warung bakso.
Dalam tempoh tersebut, rakannya menjalani kehidupan seperti rakyat Indonesia tanpa mengetahui asal usul diri sendiri sehinggalah warung tersebut didatangi jemaah tabligh.
“Ada orang ‘kutip’ dia dan bagi kerja di warung bakso. Selepas lima tahun, kebetulan ada jemaah tabligh datang ke warung dia kerja.
“Salah seorang jemaah tu nampak yang kawan aku ni macam terkena sihir… susulan daripada itu, dia terus dirawat dan diubatkan,” imbaunya lagi.
Bercerita lanjut, ujarnya, berkat hasil rawatan dan perubatan Islam yang dilakukan, rakannya kembali pulih seperti sedia kala.
Malah ingatannya juga kembali sehingga dia terkejut apabila dimaklumkan telah berada di Indonesia selama lebih lima tahun.
“Ingatan kawan aku pulih… dia terkejut sebab dah lima tahun berlalu,” tambahnya lagi.
Tanpa menunggu lama, rakannya menguruskan segala dokumentasi untuk pulang semula ke Malaysia bagi bertemu keluarga tercinta.

Golongan tabligh berdakwah dari rumah ke rumah.
Namun malangnya, ujar Alang Anuar, rakannya sekali lagi diuji.
“Setibanya dia di Malaysia, dia tengok isteri sudah berkahwin lain,” katanya sayu.
Meskipun sedih dengan apa yang berlaku, namun rakannya tetap tersenyum serta menerima qada dan qadar Allah dengan hati terbuka.
Malah kehidupannya kini semakin baik cuma menjadi gagap ketika bercakap kerana kesan sihir.
Bagaimanapun sehingga kini, dia tidak mengetahui sama ada sihir tersebut memang dituju kepadanya atau dia terkena sihir yang dihantar untuk orang lain mahupun menjadi mangsa rompakan individu yang mengamalkan sihir.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : Mstar

Leave a Reply