Pemain pertahanan Selangor FC iaitu Khuzaimi Piee pula menjadi mangsa apabila rumahnya dipecah masuk oleh individu tidak dikenali pada malam, Rabu.
Perkara ini dikongsikan okeh Khuzaimi sendiri menerusi laman media sosial Instagram miliknya dimana beliau juga sudah membuat laporan polis.
Khuzaimi mendakwa beliau bergerak ke pusat latihan pada pukul 2 petang dan apabila sampai ke rumah pada pukul 9 malam, pintu depan dan belakang rumah telah terbuka.
Setelah memeriksa keadaan rumah, beberapa barangan didapati hilang seperti motosikal jenis Yamaha Y15, beg silang dan juga pasport.
Kejadian tidak diingini terus menghantui pemain Selangor bermula dari kejadian simbah asid yang dialami oleh pemain sayap mereka iaitu Faisal Halim.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), dan beberapa pegawai lain turut mendapat ugutan
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr Johan Kamal Hamidon dan beberapa pegawai lain turut mendapat ugutan dari pihak yang tidak dikenali.
Perkara ini membuatkan pihak kelab mengambil langkah drastik apabila mengupah beberapa ‘bodyguard’ (pengawal peribadi) untuk menjaga keselamatan pemain dan pegawai tertentu dalam skuad Gergasi Merah.
Memetik laporan Arena Metro, kawalan keselamatan dipertingkatkan setiap kali pasukan itu terlibat dalam perlawanan Liga Malaysia untuk mengelakkan daripada didekati individu yang tidak dikenali.
“Aksi menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC menyaksikan pertambahan anggota Polis kepada 150 orang manakala 100 marshal mengawal keselamatan perlawanan itu.
“Kawalan kepada pemain juga lebih ketat dan mereka tidak boleh balik sendiri iaitu kena naik bas. Jika dahulu, mereka boleh balik dengan keluarga masing-masing selepas perlawanan namun sekarang ini tidak dibenarkan.
“Pada masa sama, kita juga ada mengupah pengawal peribadi yang akan menjaga individu tertentu dalam pasukan. Perkara sama juga dilakukan terhadap keluarga Faisal,” kata Dr Johan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : The Vocket
Leave a Reply