Baru Kerja 3 Hari, Bos Ajak Kahwin! Siap Belikan Tanah Dan 3 Buah Rumah

AJAL, maut, jodoh dan pertemuan adalah ketentuan Tuhan.

Begitulah yang dilalui oleh seorang wanita bernama Sarah yang bekerja di Arab Saudi.

Dia tidak menyangka akan berkahwin dengan majikannya sendiri.

Apa yang lebih mengejutkan apabila Sarah diminta untuk berkahwin selepas tiga hari bekerja.

Menerusi YouTube Umi Yasmin, Sarah berkongsi kisah cintanya bersama suaminya.

Sarah mengakui bahawa dia pada mulanya bekerja sebagai pekerja asing di Arab Saudi.

Namun, selepas hanya tiga hari bekerja, majikannya melamar untuk mengahwininya.

“Saya bekerja di rumah suami, baru tiga hari… saya berkahwin,” kata Sarah.

Sejujurnya, Sarah tidak mahu bekerja kerana malas. Dia kemudian berdoa agar dia segera dikurniakan jodoh.

Doanya akhirnya dimakbulkan setelah bertemu majikannya.

Walaupun sudah tua, majikan Sarah seorang yang baik.

Tambah Sarah, majikannya juga sudah mempunyai isteri sewaktu mereka berkahwin.

Menurut suami Sarah, dia dilihat sebagai wanita yang baik-baik sehingga membuatnya jatuh hati.

Sarah dan suaminya kini hidup bahagia dan mereka telah mendirikan rumah tangga selama lapan tahun.

Malah kata Sarah, suaminya membelikannya kereta dan tiga buah rumah serta tanah.

Dia kini merupakan satu-satunya isteri apabila suaminya menceraikan isteri pertama selepas empat tahun hidup berpoligami.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*