Abang Lori Gembira Isteri Bekalkan Air Sirap -“Dia Yang Teguk, Netizen Pula ‘Terasa’ Manis.

Fenomena cuaca panas masa kini nyata membuatkan orang ramai sentiasa dahaga.

Secara tidak langsung, ramai yang bimbang akan masalah kesihatan berpunca daripada strok haba.

Pelbagai inisiatif dilakukan bagi mencegah diri daripada terkena sebarang penyakit antaranya ada yang mengesyorkan supaya mengambil minuman ais untuk melegakan tekak terutama ketika cuaca panas.

Tular di laman sosial apabila seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori lebih memilih air yang dibuat isterinya berbanding beli di kedai telah berjaya undang perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh isteri lelaki terbabit yang dikenali sebagai Jusmarina Juah di laman TikToknya, dia berkata suaminya meminta untuk menyediakan air memandangkan terima banyak tugas pada hari tersebut.

Dalam video tersebut, Jusmarina telah menunggu suaminya di tepi jalan sambil membawa air sirap demi memenuhi permintaan insan tersayangnya itu.

Isteri bekalkan air sirap

“Abang ni boleh je beli air tepi jalan, tapi dia tetap nak juga air yang isteri dia buat.

Jusmarina berkongsi kemanisan rumah tangganya dalam satu hantaran di TikTok.

“Ini pun sudah cukup bahagia. Lindungi keluarga ni dengan apa cara sekali pun,” tulisnya dalam ciapan berkenaan.

“Suami kerja… selalu lalu depan rumah. Hari ini dia banyak trip, dia telefon suruh buatkan air untuk dia,” jelasnya.

Menerusi rakaman yang dikongsikan juga, jelas terpancar raut wajah gembira si suami ketika menerima air bekal tersebut.

Malah suami Jusmarina sempat meneguk air sirap diberikan sebelum meneruskan perjalanan.

Sebelum meneruskan perjalanan, wanita ini sempat meminta ‘upah’ daripada suaminya sebanyak RM50 selepas menyerahkan air.

Benda-benda macam ni pun boleh buat bahagia… saya yang tengok pun turut rasa bahagia.

NETIZEN

“Dia kata saya letak ‘racun’ dalam air, tapi dia minum juga. Sambil tu apa lagi. Paw la duit… upah buat air.

“Dia nak cepat pergi kerja jadi tak boleh lama-lama. Selamat tinggal sayang. Kita jumpa malam ni makan sama-sama dengan anak-anak,” tulisnya dalam video berkenaan.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen di ruangan komen yang seronok melihat keletah pasangan ini.

Komen netizen pada hantaran di X.

“Kesimpulannya nak bahagia ni tak perlu sangat try hard. Benda macam ni pun dah boleh gembira.

“Benda-benda macam ni pun boleh buat bahagia. Saya yang tengok pun turut rasa bahagia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*