Berang Perbualan Tak Dilayan, Isteri Campak Telefon Suami Keluar Kereta Depan Anak-anak

KESELAMATAN di jalan raya perlu diutamakan untuk mengelakkan kemalangan yang boleh meragut nyawa sendiri atau pengguna lain.

Tular video di laman X pada Sabtu memaparkan satu pasangan sama-sama melakukan aksi berbahaya ketika berada di dalam kereta yang sedang dipandu.

Menerusi video tersebut, wanita itu yang berada di tempat duduk penumpang kedengaran tak henti membebel dalam dialek Kelantan yang pekat, berang kerana lelaki yang sedang memandu, dipercayai suaminya ralit berbual menerusi telefon pintar tanpa menggunakan fon telinga.

Lelaki terbabit terkejut dengan perbuatan pasangannya

Disebabkan baran borak tak dilayan, seorang isteri telah mencampak telefon suaminya yang ketika itu sedang berbual melalui peranti tersebut keluar daripada kereta.

Bergaduh dalam kereta

Video yang dikongsi pengguna Facebook tersebut telah mendapat kecaman ramai kerana dilihat seperti tidak menghormati suami lebih-lebih lagi ada anak mereka yang menyaksikan perbalahan tersebut.

“Padan muka, aku cakap kamu tak layan langsung. Dah pergi cari dekat mana telefon tu,” demikian antara butiran percakapan wanita berkenaan.

Dalam pada itu, turut dapat diperhatikan adalah raut wajah lelaki itu nampak kecewa, namun dia dilihat berjaya mengawal kemarahannya.

“Awak ingat murah ke telefon tu, ingat dua tiga ringgit ke? Allahuakbar. Sini la saya hantar awak ke Tanjung Rambutan,” ujar lelaki tersebut kepada wanita di sebelahnya.

Bagaimanapun, wanita itu nampak tenang malah sesekali dia tersenyum dan tergelak melihat respons lelaki berkenaan.

Dia juga didengari menyuruh pemuda itu mencari perempuan lain, bengang kerana mendakwa pemuda itu suka bergayut di telefon.

Perbualan mak ayah macam tu depan anak, patutlah generasi sekarang ramai yang biadab.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya mempersoalkan motif momen itu dirakam dan berteka-teki adakah satu lakonan untuk konten semata-mata.

Warga maya bertukar pandangan.

“Perbualan mak ayah macam tu depan anak, patutlah generasi sekarang ramai yang biadab. Ibu bapa aku dulu kalau nak bertengkar akan menyorok dalam bilik atau mana-mana tempat, bagi anak tak dengar.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*