Pengantin ‘Ultraman’ Tunjuk Wajah Sebenar… Status Kerjaya Tak Halang Lelaki Jadi Adiwira Di Hari Bahagia

Demi merealisasikan impian perkahwinannya, Mohamad Zulhafizie Senin sanggup bersanding dengan memakai sut Ultraman Taro pada harinya bergelar raja sehari, Sabtu lalu.

Lantaran itu, kisah Mohamad Zulhafizie, 26, tular selepas video ketika hari persandingannya itu dimuat naik seorang rakan di TikTok.

“Kostum ini saya tempah di Indonesia, nilainya lebih RM2,000 termasuk kos penghantaran. Saya dah janji dengan isteri ketika mula-mula kenal dia.

“Saya tanya, kamu terima ke kalau saya jadi Ultraman? Dia cakap dia mahu. Jadi saya tempah baju itu masa kenal dia, untuk dipakai pada majlis perkahwinan kami,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Hafiz, pensyarah Kolej Komuniti Miri itu memaklumkan dia diijabkabulkan pada Sabtu, manakala persandingan diadakan sehari selepas itu.

Jelas Hafiz, dia mengenakan pakaian tradisional ketika akad nikah dan hanya mengenakan kostum Ultraman untuk majlis persandingan.

hafiz2

Kostum Ultraman Taro itu bernilai lebih RM2,000.

Bercerita lanjut, Hafiz berkata dia merupakan peminat siri Ultraman sejak usia kanak-kanak, malah turut mengumpul pelbagai koleksi dan kostum.

Tambah Hafiz, dia menemui keserasian dengan isterinya kerana mempunyai minat sama malah mereka bertentang mata buat kali pertama ketika menyertai sebuah acara cosplay.

Masa kecil dulu tak mampu nak beli… apabila dah dewasa kita timbulkan balik zaman kanak-kanak.

MOHAMAD ZULHAFIZIE SENIN

“Saya memang minat sejak kecil. Saya kumpul permainan, saya juga ada 10 kostum yang dibeli dan dibuat sendiri. Saya juga selalu masuk pernadingan cosplay, tapi kini dah bergelar juri.

“Isteri pun minat juga. Kami kenal di acara cosplay. Malah, dia juga seorang gamer dan suka kumpul permainan seperti saya.

“Jadi di situ kami dapat keserasian dan persefahaman,” ujarnya yang turut berharap anak-anaknya dapat menyambung minat dan hobi itu pada masa akan datang.

Mengulas tentang video tular di TikTok, Hafiz berkata dia gembira dengan penerimaan positif dan tidak ambil hati dengan komen-komen negatif yang dilemparkan segelintir netizen.

hafiz 3

Netizen suka dan terhibur

Sementara itu di ruangan komen pula, rata-rata netizen mendoakan pasangan ini kekal hingga ke Janna selain terhibur melihat pengantin lelaki bersanding dengan kostum tersebut.

Antara komen yang diterima adalah:

“Pandailah dia pakai baju Ultraman tu sebab nak elak bini tua tahu,”

“Macam mana dia makan beradab? Dia suap ikut mana?”
“Ultraman pun dah tak single, korang single lagi ke,”
“Aku harap laki aku tak nampak benda ni,”
Di bawah merupakan video penuh pasangan pengantin tular itu:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*