“SPM Saya Teruk 1a Pun Takde..”- Namron Nasihat Calon Spm Jangan Putus Asa, Belajar Kemahiran

Pelajar yang gagal atau kurang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukanlah bereti gagal untuk selama-lamanya. Calon disaran melanjutkan pelajaran atau mengikuti kursus kemahiran.

Walaupun mereka tidak hebat dari segi akademik, tetapi mungkin mereka hebat dari segi kemahiran.

Pelakon dan pengarah berkaliber, Namron nasihat jangan putus asa terutama kepada para pelajar yang memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang kurang memberangsangkan.

Namron atau nama penuhnya Shahili Abdan berkata, apa yang penting untuk terus berjaya dalam kehidupan adalah kemahiran.

1A SPM pun tak ada

Kongsi aktor kelahiran Perlis, dia akui tidak memperoleh gred A bagi keputusan SPM suatu ketika dahulu.

Pun begitu, dirinya bernasib baik kerana dapat menyambung pengajian di peringkat diploma dan memperoleh keputusan cemerlang.

“SPM saya teruk 1A pun takde, dapat sambung diploma pun kerana ada kekosongan (kerana ada calon yang telah terpilih tarik diri).
“Beberapa tahun lepas habis diploma, saya dianugerahkan graduan cemerlang,”dedahnya.

Namron nasihat jangan putus asa

Dalam pada itu, pelakon filem La Luna menasihati kepada mereka yang kurang bernasib baik agar tidak berputus asa.

Sebaliknya, mempelajari bidang kemahiran untuk terus berjaya terutama dalam alam pekerjaan.

“Anak-anak, jangan putus asa hanya kerana keputusan SPM teruk. Belajar kemahiran kerana dengan skil kamu boleh berjaya dalam pekerjaan.“Apa yang penting harus punya minat yang mendalam,”katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Media hari ini melaporkan, seramai 11,713 calon SPM 2023 atau 3.1 peratus memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan dipetik berkata, angka itu menunjukkan peningkatan lebih baik berbanding tahun sebelum ini iaitu 10,109 calon atau 2.7 peratus.

Seramai 226,358 daripada 373,255 calon baharu SPM 2023 pula lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 57.1 peratus atau 213,624 calon pada 2022.

 

Sumber: Facebook Nam Ron

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*