Selesai Nikah, Pasangan Viral Terima Geran Kereta & Buku Solat Sebagai Hadiah Perkahwinan

“Bila dah bagi sebagai hadiah, tak bolehlah nak ambil balik kerana ia untuk kegunaan bayi dan urusan Azlan sekeluarga”.

Demikian kata pengusaha sebuah kedai menjual kenderaan terpakai di Jalan Langgar, di sini, Firdaus Sharifuddin, 37, selepas menyerahkan geran dan cukai jalan kereta jenis Proton Persona kepada Mohd. Azlan Ishak, 36, semalam.

Mohd. Azlan dan Norhidayu Halim, 35, yang merupakan pasangan tular selepas membawa bayi berusia 11 bulan menaiki motosikal dengan memakai alat pernafasan selamat melangsungkan pernikahan di Masjid Al-Maarufi di Seberang Kota, Kuala Kedah, di sini kira-kira pukul 6 petang semalam.

Menurut Firdaus, dia menyerahkan geran kereta tersebut yang telah ditukar nama kepada Mohd. Azlan selepas selesai majlis pernikahan tersebut.

Terima geran

Terima geran

Sementara itu, Firdaus berharap kereta Proton Persona yang diberikan dapat membantu memudahkan urusan Azlan serta isteri untuk mengulang alik ke hospital bagi menguruskan hal berkaitan anaknya.

“Saya serah geran yang sudah ditukarkan nama kepada Mohd Azlan serta cukai kereta Proton Persona ini dan buku solat sebagai hadiah perkahwinan mereka.

“Macam saya katakan sebelum ini, kalau dah bagi takkan nak ambil balik pula hadiah kereta ini sebab semuanya untuk kemudahan anak mereka yang menghidap paru-paru kronik,” katanya.

“Kereta Proton Persona ini pun untuk kegunaan mereka berulang alik membawa Mohd Aariz ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan untuk mereka bergerak ke sana ke mari dengan mudah la,” ujarnya lagi.

Terima geran

Dalam pada itu, Mohd Azlan tidak menyangka ramai orang datang menziarahi meskipun kisah silam keluarganya tular di media sosial.

Terdahulu, kisah Mohd Azlan mendapat perhatian serta simpati netizen termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa bayi lelaki berusia 11 bulan menaiki motosikal sambil memakai alat pernafasan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Sumber: Berita Harian (Zuliaty Zulkiffli)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*