Pasangan Sakan Menari Atas Kereta, Ramai Risau Lihat Bonet Makin ‘Terbenam’

Sejak semalam, tular video pasangan sakan menari atas kereta sambil diiringi lagu Hindustan di atas sebuah kereta jenis Proton Persona.

Mereka dilihat begitu menghayati lagu tersebut apabila meniru pergerakan serta berpelukan di atas kereta yang diparkir di hadapan Bangunan PPNS di Sabah.

Menari lagu Hindustan

Menerusi video yang dikongsi pengguna X dikenali sebagai bckupacc99, pasangan yang begitu asyik menari itu langsung tidak menghiraukan pengguna jalan raya yang lalu lalang di sebelah mereka apabila terus melakukan pergerakan romantis antara mereka.

Pasangan sakan menari atas kereta, risau tengok bonet tu

Perkongsian tersebut sudah tentu menuai pelbagai komen negatif daripada netizen apabila rata-rata meluahkan rasa bimbang melihat kondisi bonet kereta yang kemek memadangkan dipijak oleh pasangan tersebut.

Mana tidaknya, wanita yang berada sama di atas kereta itu juga dilihat menggunakan kasut bertumit tinggi dan melakukan banyak pergerakan di atas kereta buatan Malaysia berkenaan.

Pasangan sakan menari

Saran pasangan sakan menari atas kereta pergi kedai ketuk & cat lepas ni

Mungkin geran dah dekat tangan

Jarang tengok orang pakai baju offshore atas kereta

Dia pijak pkai heels ea

Namun begitu, video tersebut tidak dapat dipastikan bila ia dikongsi di media sosial dan adakah mereka benar-benar penduduk Sabah memandangkan tiada keterangan berkaitan rakaman berkenaan.

Walau bagaimanapun, tindakan tersebut seharusnya dielakkan kerena boleh menganggu kelancaran laluan trafik di kawasan itu kerana kereta terbabit telah diparkir di tepi jalan raya tanpa sebarang keperluan penting.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber: X bckupacc99

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*