ebelum ini kami ada melaporkan yang seorang pemandu e-hailing mendakwa telah dipukul pengawal peribadi kerabat diraja di sebuah hotel di Brickfields semalam.
Terkini! Menurut laporan Astro Awani, pemandu e-hailing yang membuat laporan polis berkenaan kejadian yang didakwanya itu menarik balik laporan polis.
Individu yang juga orang kurang upaya (OKU) itu telah membuat laporan polis kedua untuk menarik balik laporan polis pertama dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa.
Pada 28/05/2024, jam lebih kurang 9.59 malam pengadu telah membuat laporan polis kedua menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik, serta tidak mahu memanjangkan kes.
Korang yang membuat sebarang spekulasi sebelum ini kepada nama-nama tertentu. Minta maaf lah ya dan ambil perkara ini sebagai pengajaran untuk tidak buat lagi.
Kredit: Astro Awani

Leave a Reply