Untuk kekalkan hubungan cinta jarak jauh atau biasanya disebut sebagai PJJ bukanlah semudah yang disangka. Ia adalah satu cabaran dan ujian yang besar bagi mereka yang terpaksa melaluinya.
Menerusi video yang dikongsi oleh seorang peguam syarie, dia berkongsi tentang seorang suami yang difahamkan pekerja offshore terpaksa menerima hakikat apabila isterinya sudah bertunang dengan lelaki lain.

Tapi yang lagi mengejutkan adalah pertunangan itu diadakan ketika perkahwinan mereka masih berstatus sah sebagai suami dan isteri.
@hairimustafaassociates BIN/BINTI ABDULLAH “Kesempurnaan itu wujud ketikamana kekurangan itu disyukuri” #fypシ゚viral #baling #balingkedah #anak #sungaipetani #kualaketil #kedah #fyp #nikah #takdir #nikah #anaktaksahtaraf #trending ♬ Orang Yang Salah LUVIA BAND – CERITA CINTA
Lelaki tersebut berkata dia tak sangka perkara yang haram ini disokong oleh keluarga walaupun perkahwinan mereka sudah 12 tahun dan dikurniakan 3 orang anak.
Depa kata saya tak layak masuk keluarga depa sebab saya anak tak sah taraf.
Alasan ini digunakan oleh keluarga mentua untuk mendesak lelaki tersebut menceraikan isterinya dan berkeras tak nak keturunan dari orang yang berstatus sebegitu.
Walau bagaimanapun, selepas pergi ke sesi kaunseling, si isteri masih tidak mengaku perbuatan haram yang dilakukan itu.
Kesiannya si suami ni, dah lah pergi kerja untuk cari rezeki buat keluarga tapi lain pulak jadinya. Apa-apa pun, semoga tabah hadapi ujian ni.
Sumber: TikTok @HairiMustafa_Associates

Leave a Reply