PETALING JAYA – Pasangan suami isteri yang juga ibu dan bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh dalam kejadian di Damansara Damai, Disember lalu diberkas pada Jumaat.
Difahamkan dua individu itu ditahan di sekitar Puncak Alam kira-kira jam 11 pagi.
Bagaimanapun butiran berkaitan penahanan terbabit belum diperoleh setakat ini.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan berkaitan tangkapan.
Pada 6 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.
Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.
Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.
Perkembangan terbaharu kes itu turut menjadi topik perbualan di media sosial apabila ia disebut sebagai ‘plot twist’ yang mengejutkan ramai.
“Jauh di sudut hati aku berharap ibu bapa arwah tak terlibat sekali.
“Weh apa ni? Plot twist ke?
“Siapa pun pelaku, semoga segalanya terungkai dan terjawab,” tulis netizen.
Untuk rekod, kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemukan meninggal dunia di sebatang anak sungai pada malam 6 Disember, sehari selepas dia dilaporkan hilang di kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai.
Laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada 7 Disember mengesahkan kanak-kanak itu mati dibunuh kerana terdapat kesan kecederaan pada leher serta badannya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : Mstar

Leave a Reply