Apabila seorang Muslim meninggal dunia, kita mempunyai beberapa kewajipan yang perlu ditunaikan. Bermula dengan memandikan jenazah, kafan, solat dan akhirnya mengebumikannya. Kewajipan itu merupakan fardu kifayah yang mesti orang Islam laksanakan.
Di TikTok, seorang individu dikenali sebagai Ustaz Abdul tular selepas dia berkongsi tentang pengurusan jenazah yang tidak dituntut.
Keadaan liang lahad yang berair.
Menerusi perkongsian pada Khamis, Ustaz Abdul berkata dia perlu menguruskan jenazah seorang individu yang tidak dituntut lebih dua tahun.
Apa yang mencuri perhatian, Ustaz Abdul berkata liang lahad yang digali dipenuhi dengan air, malah ia juga berbau.
“Sebelum Zohor dapat maklumat ada jenazah tidak dituntut perlu diuruskan. Saya datang selepas solat Zohor, membantu menggali kubur.
Walaupun bau busuk melekat, kami ikhlaskan hati menerimanya… Allah rezekikan kami uruskan jenazah ini.
USTAZ ABDUL
“Dah separuh gali, keluar air dan berbau. Teruskan sehingga selesai buat teraju. Tiba- tiba dimaklumkan jenazah tak dituntut lebih dua tahun setengah.
“Allah bagi rezeki urus jenazah yang special,” tulis Ustaz Abdul pada kapsyen.
Sambil berkongsi beberapa foto untuk tatapan warga TikTok, Ustaz Abdul memaklumkan proses pengebumian jenazah itu akhirnya selesai selepas waktu Asar.
“Alhamdulillah, lepas Asar semua selesai. Walaupun bau busuk melekat, kami ikhlaskan hati menerimanya. Allah rezekikan kami menguruskan jenazah ini,” ujarnya lagi.
Hingga kini perkongsian itu meraih hampir 300,000 tontonan selepas ia dikongsi di TikTok.
Menjawab soalan netizen, Ustaz Abdul berkata jenazah masih berada dalam keadaan elok.
Tambahnya, proses itu dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan hospital dan turut mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam.
Ramai netizen ucap terima kasih atas khidmat mulia Ustaz Abdul dan pasukannya.
Ada netizen yang menyifatkan perkongsian itu sebagai aib kepada si mati, namun Ustaz Abdul berkata kisah berkenaan boleh diambil sebagai iktibar untuk semua.
“Moga ia dijadikan sebagai iktibar, silaturrahim perlu dijaga dengan baik agar ada yang ingat, sayang dan rindu dekat kita. Apabila kita tiada, Insya-Allah ada yang menguruskannya,” jawabnya lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : Mstar
Leave a Reply