Selain rasa, ada satu perkara yang perlu sentiasa diambil kira iaitu kebersihan.
Kebersihan makanan khususnya di restoran dan gerai makan telah menjadi isu utama yang semakin diberi tumpuan oleh masyarakat.
Dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 80 peratus daripada restoran yang diperiksa telah mencapai standard kebersihan yang ditetapkan.
Ini termasuk kebersihan dapur, alatan makan dan persekitaran restoran.
Baru-baru ini, tular video TikTok seorang peniaga yang didakwa menyimpan makanan di dalam tong sampah.
Menerusi ciapan di platform X pada Sabtu, KKM turut berterima kasih kepada netizen yang menyalurkan maklumat berhubung kejadian berkenaan.
“Terima kasih kerana membawa perhatian ini kepada kami. KKM akan menjalankan siasatan,” ujar KKM sebagai reaksi kepada aduan berkenaan.
Tangkap layar video tular yang dikongsi semula oleh netizen.
Sebelum itu, seorang pengguna X memuat naik tangkap layar serta video daripada TikTok, memaparkan seorang peniaga lelaki yang menyimpan makanan di dalam tong sampah.
Dakwa pengadu, peniaga nasi lemak itu menggunakan tong sampah plastik berwarna hitam untuk merendam lauk sotong yang dijual di kedainya.
“Dia guna tong sampah buat rendam sotong untuk masak dan jual. Dah ramai yang tegur tapi jawapan sebab ramai (orang) yang buat macam tu so tak jadi masalah.
Pasal isu tong yang viral dua tiga hari ni, mana yang ada bagi pendapat, saya terima.
PENIAGA NASI LEMAK
“Agak geram jugalah dengan jawapan dia terutama dalam bab penyediaan makanan macam ni,” ciap pengadu yang turut membuat pautan kepada akaun media sosial rasmi KKM.
Menerusi video sebelum ini, peniaga berkenaan pernah menjawab teguran netizen berhubung kaedah penyimpanan makanan di kedainya itu.
“Saya rendam sotong pakai tong sampah eh? Saya pun tak tahulah tu tong sampah sebab tak ada tulis, saya main beli je kat kedai.
“Kedai pun tak pesan dengan saya tu tong sampah, saya pakai je la. Sebab ramai yang lain pun pakai juga tong tu untuk isi air dan mandi.
“Bagi saya tiada masalah kot. Kalau rasa benda tu kotor, tak apalah. Awak je kot yang anggap macam tu, sebab tong tu saya tak isi sampah,” jelas peniaga berkenaan pada awalnya.
Namun, selepas isu berkenaan semakin kecoh, peniaga berkenaan memuat naik satu lagi video penjelasan di aplikasi TikTok pada Sabtu.
“Pasal isu tong yang viral dua tiga hari ni, mana yang ada bagi pendapat, saya terima. Yang hentam saya tak boleh buat apa, saya hanya boleh berdiam dan melihat. Terima kasih yang mana bagi nasihat dan teguran, saya tak kecil hati.
“Jangan risau. Saya buat video sebab cara percakapan saya kot, buat orang jadi tak selesa. Kalau saya bercakap memang macam ni, harap korang jangan kecil hati, nama pun content, hidup penuh drama.
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut memaklumkan kepada peniaga itu tentang respon KKM yang dimuat naik menerusi X.
“KKM dah mention abang kat Twitter (X).
“KKM dah notice tu. Jangan alih pula sotong dalam tong sampah tu. Tunggu je la.
“Nanti prepare sambut KKM datang bang,” tulis netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : Mstar
Leave a Reply