Kemaruk nak kahwin sampai tak mahu duduki peperiksaan SPM

BELUM terlambat rasanya untuk mengucapkan tahniah kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang menerima keputusan pada Isnin lalu.

Biar apapun keputusan yang diterima, ia bukanlah penamat sebaliknya jadikan sebagai permulaan ke sesuatu yang lebih besar.

Kepada yang peroleh keputusan cemerlang, teruskan usaha dalam fasa berikutnya dalam kehidupan.

Bagi yang kurang bernasib baik, jangan putus asa, ini bukan pengakhiran, masih banyak ruang dan peluang untuk cipta kejayaan baharu.

Biarpun begitu, agak terkejut apabila mengetahui seramai 10,160 daripada 383,685 calon SPM 2023 di seluruh negara tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

Mungkin mereka tiada minat dan iltizam untuk berjaya dalam peperiksaan SPM atau melanjutkan pengajian. Calon sekadar mendaftar tetapi sebenarnya mereka tidak berhasrat menduduki peperiksaan kerana lebih minat untuk bekerja dan mempunyai wang sendiri.

Tidak hadir SPM kerana sudah berkahwin

Namun yang lebih mengejutkan, terdapat juga mereka yang tidak hadir menduduki peperiksaan SPM itu kerana sudah berkahwin.

Sudah kemaruk sangatkah untuk berkahwin sampai tidak boleh tunggu peperiksaan SPM terlebih dahulu.

Biarpun berasakan SPM kurang penting, namun perlu diingat untuk memohon pekerjaan di luar sana memerlukan sijil SPM.

Kebanyakan majikan kini meletakkan syarat minimum SPM untuk mengambil pekerja bagi mengukur tahap kemampuan dan dedikasi seseorang. Jika SPM pun malas nak ambil, apa tanggapan majikan terhadap anda?

Bagi pelajar yang akan mengambil SPM di masa hadapan, jangan mudah terpengaruh dengan kenyataan ‘SPM tak penting’.

Fokus kepada SPM untuk capai impian anda pada masa hadapan. Memperoleh pekerjaan yang lebih baik amat membantu kehidupan di alam perkahwinan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*