“Musim Cuti, Balik Lempar Anak Dekat Kampung,” Adik Bengang Ibu Tua Jadi ‘Hamba’ Anak Berkerjaya

Mungkin tidak ramai dalam kalangan kita yang dahulunya dijaga oleh datuk dan nenek. Ada juga yang berpendapat bahawa anak-anak yang berada di bawah jagaan datuk dan nenek akan menjadi lebih manja dari anak-anak biasa. Betul ke?

Selain berkunjung ke destinasi pelancongan, ramai juga ibu bapa yang memilih untuk membawa anak-anak mereka pulang ke kampung halaman semasa cuti sekolah ini.

Di platform X, seorang individu mengadu tentang sikap kakaknya yang menyusahkan ibu bapa mereka di kampung ketika musim cuti persekolahan.

Children looking for porn sites on tablet.

“Waktu cuti sekolah, balik lempar anak dekat kampung,”Musim cuti sekolah, balik lempar anak dekat kampung,””Musim cuti sekolah, balik lempar anak dekat kampung,” minta mak abah umur 60 jagakan seminggu. Daripada awal pagi sampai malam atok nak kena layan cucu.

“Orang tua tu elok-elok rutin selama ni lepas Isyak, pukul 9 macam tu biasanya dah tutup lampu rumah, berehat dan tidur.

“Alih-alih kena jaga cucu yang ada attachment issue sampai dekat pukul 12 malam,” ujar pengadu yang tidak mendedahkan identitinya.

Menurut individu itu lagi, kakaknya merupakan seorang wanita bekerjaya yang berpangkat pegawai dalam sektor awam.

Namun kata pengadu, dia kecewa dengan sikap kakaknya yang dianggap memperalatkan ibu dan bapa dengan berbekalkan pemberian wang yang tidak seberapa.

“Kakak aku kerja kerajaan pangkat pegawai dah. Dia ada ijazah. Begitu je rupanya insan-insan yang ada kerjaya gaji besar ni menghambakan mak ayah untuk jaga anak-anak.

An elderly women living on her own at her house in Gombak.(6/7/2023). —AZHAR MAHFOF/The Star

Ramai menyelar tindakan kakak pengadu yang dianggap tidak bertanggungjawab.

“Setuju. Tak patut bebankan anak yang kecil dekat orang tua.

“Ramai je perangai macam kakak pengadu,” tulis netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*