Isu selesai! Ustaz Don kembali bersiaran dalam program ‘Salam Baitullah’ malam ini

PENDAKWAH bebas Don Daniyal kembali mengendalikan program Salam Baitullah yang bakal siaran di RTM pada malam Rabu.

Pengurusnya iaitu Ana memberitahu masalah yang timbul melibatkan pendakwah berkenaan sudah diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak.

“Jumpa malam ini… Ustaz Don bakal bersiaran kembali malam ini.

Snapinsta.app_448161814_1182637219406979_8474105551227301146_n_1080

Ustaz Don bersama dua orang mewakili pihak JAKIM.

“Masalah pun sudah selesai selepas pihak Ustaz Don dan RTM duduk berbincang,” katanya ketika dihubungi mStar.

Jelas Ana, pertemuan bersama pihak pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga berjalan baik malah mereka turut membantu menyelesaikan permasalah yang timbul.

“Perkara yang berlaku adalah perbalahan ilmu jadi kami kenalah duduk secara berilmiah untuk selesaikannya.

“Perjumpaan Ustaz Don bersama pegawai JAKIM juga berjalan dengan baik malah pihak menteri sendiri bantu selesaikan isu ini sebenarnya,” kongsinya.

Pada 5 Jun lalu, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman memaklumkan pendakwah bebas itu direhatkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah.

Langkah tersebut diambil bagi mengelakkan perbalahan berpanjangan dalam kalangan netizen di media sosial.

Malah pihaknya juga enggan kontroversi membabitkan Don menggangu penyiaran program berkenaan sepanjang musim Haji tahun ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*