Tiga Beradik Teruja Diminta Pulang Awal Dari Sekolah, Cikgu Tak Sampai Hati Nak Beritahu Bapa mereka Meninggal Dunia

Tular satu video memaparkan tiga murid yang merupakan adik beradik kelihatan ceria apabila diminta pulang awal dari sekolah tanpa mengetahui mereka baru sahaja kehilangan bapa.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, @cikguaincomey, guru di sekolah tersebut telah memuat naik video tiga beradik berkenaan yang kelihatan tersenyum dengan lebar apabila mereka diminta untuk balik awal.

Tiga beradik ceria pulang awal dari sekolah

Adik-beradik itu juga sempat melambai ke arah guru berkenaan sambil tersenyum sebelum dijemput oleh ibu saudara mereka untuk pulang ke rumah.

“Masa ni, adik beradik ni diberitahu oleh cikgu supaya kemas beg sebab ada urusan keluarga. Sebenarnya ayah murid-murid ni baru sahaja meninggal kerana serangan jantung.
“Mohon sedekahkan al-Fatihah buat ayah kepada anak-anak murid Cikgu, salam takziah,” katanya.

pulang awal dari sekolah

Sementara itu, pada ruangan kapsyen guru itu menulis dia tidak mempunyai kekuatan untuk menyampaikan berita sedih itu kepada tiga beradik tersebut.

“Cikgu pun tak sampai hati nak beritahu perkara sebenar sehingga ada makcik murid ni yang datang ambil. Barulah tahu perkara sebenar, meraung dan menangis. Ya Allah, kau berikan kekuatan buat anak murid cikgu, Azalea dan adik-beradiknya,” luahnya.

Ceria je diminta pulang awal dari sekolah

Menjengah ke ruangan komen, warga maya meluahkan rasa sebak buat tiga beradik tersebut yang kelihatan gembira kerana tidak tahu mereka telah kehilangan bapa mereka.

Siapa sanggup bagi berita sedih bila nampak muka happy dorang

Tak boleh bayangkan senyuman tu pudar

Kesiannya, pulang awal dari sekolah tapi tak tahu berita sebenar

Al-Fatihah buat suami

Melambai gembira tanpa tahu keadaan sebenar

Dalam pada itu, ramai juga warganet yang berkongsi pengalaman mereka apabila menerima berita seperti itu ketika berada di sekolah.

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un, semoga semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, sebak hati tengok adik beradik ni punya gembira sebelum dapat berita sedih.

Sumber: OMM, TikTok @cikguaincomey

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*