“Kalau Papa Tak Balik, Kena Jaga Adik-adik” -Pesananan Johan Sebelum Tunai Haji Buat Peminat Sebak

Penyampai radio Hot FM, Johan sebak dapat peluang tunai haji apabila mewakili 11 daripada pengamal media yang dijemput oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima, musim haji tahun 1445H.

Memetik perkongsian video dari utusanonline! Johan yang turut bersama isterinya, Ozlynn Wati ke Tanah Suci mengakui pada awalnya terkejut dan merasakan seakan satu scam apabila mendapat tawaran tersebut.

Momen sebak bersama anak2

Menerusi video yang dikongsikan semua akaun peminat di TikTok, kapsyen yang ditulis mengatakan bahawa momen berkenaan cukup menghibakan apatah lagi Johan dan isteri, Ozlynn Waty sedang memberikan titipan kepada anak-anaknya.

“Kalau papa tak balik, ingat siapa kena jaga adik-adik”

Pesan Johan buat anak-anak sebelum berangkat ke Tanah Suci yang berjaya dirakam oleh rakannya sewaktu menghantar selebriti berkenaan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tempoh hari.

Pesan Johan buat netizen hiba

Perkongsian tersebut telah menuai pelbagai komen daripada netizen yang rata-rata menyatakan rasa sebak melihat momen tersebut.

Mereka juga mengakui respect dengan cara Johan dan Ozlynn dalam mendidik anak-anak apabila masing-masing terlihat akrab dengan ibu bapa serta adik beradik yang lain.

Penyampai radio Hot FM, Johan sebak dapat peluang tunai haji apabila mewakili 11 daripada pengamal media yang dijemput oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima, musim haji tahun 1445H.

Memetik perkongsian video dari utusanonline! Johan yang turut bersama isterinya, Ozlynn Wati ke Tanah Suci mengakui pada awalnya terkejut dan merasakan seakan satu scam apabila mendapat tawaran tersebut.

Johan sebak, isteri kata macam tak percaya

Dalam pada itu, Ozlynn turut berkongsi momen sewaktu suaminya memberitahu tentang berita tersebut kepadanya sehingga masing-masing menangis kegembiraan bersama.

“Mama, I tak tahu apa kebaikan yang I buat sampaikan Allah bagi I peluang ni. Kita pun macam tak percaya juga. Lepastu sama-sama menangis. Ohh rezeki ni rezeki,” katanya.

Johan sebak dipanggil di Tanah Suci walaupun banyak dosa

Tambah Johan lagi, dia seperti tidak menyangka kerana merasakan sebagai manusia dia mempunyai banyak dosa namun tetap dijemput oleh Allah ke rumahNya.

Dia juga sempat berkongsi doa yang diamalkan sekeluarga dan percaya bahawa doa berkenaan telah dimakbulkan oleh Allah S.W.T sehingga dia berpeluang menunaikan rukun Islam kelima tahun ini.

“Sebab kita banyak buat dosa. Allah tetap pilih kita untuk datang. Mahal lah benda tu. Sebab dalam doa kita, kita selalu doakan dan kita ajar anak-anak satu doa yang mungkin kita boleh share;

“Berikanlah kami rezeki yang tidak disangka-sangka setiap hari dan khabar gembira setiap hari”

“So untuk saya, ini adalah khabar gembira untuk saya dan rezeki yang tidak disangka-sangka, inilah dia,” ujarnya.

 

Sumber: OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*