
Keistimewaan Semporna tidak hanya terletak pada pulau-pulau yang terkenal di dunia tetapi tetapi juga keunikan yang terdapat pada cara kehidupan masyarakat Bajau Laut yang dikategorikan sebagai manusia ‘nomad laut’, ‘gipsi laut’ dan komuniti yang hidup dengan perahu yang masih lagi mengamalkan cara hidup berpindah-randah.
Walaupun mungkin bukan dalam masa terdekat, kebaikan tersebut lambat laun tetap akan terbalas jua di akhirat kelak.
Melalui satu perkongsian di laman TikTok, seorang lelaki dikenali sebagai Bosmel sedang dalam perjalanan dengan menaiki bot untuk bercuti di perairan Sabah apabila dia dihampiri oleh dua individu daripada suku Bajau Laut.
Bosmel memberikan hadiah berupa wang tunai kepada penjual kelapa.
Mereka dilihat merentas lautan menggunakan sampan sambil menjual air kelapa segar sebagai mata pencarian kepada pelawat yang baru tiba.
Dalam keadaan cuaca yang panas terik, Bosmel dilihat bermurah hati membelikan air kelapa untuk kesemua 10 penumpang di atas bot yang dinaikinya.
“Berapa harga satu buah kelapa ni?” tanya Bosmel ringkas.
“RM5 satu, kalau untuk 10 orang saya kira RM40,” kata remaja perempuan itu menawarkan diskaun.
Remaja itu dan rakannya mula memotong kelapa dalam keadaan sampan dilambung ombak yang bergelora sehingga dimasuki air.
Meskipun keadaan persekitaran yang mencabar dengan matahari membahang, mereka dilihat tidak terjejas dan terus tekun bekerja seperti ungkapan alah bisa, tegal biasa.
Simpati dan dalam masa sama kagum melihat kegigihan anak muda Bajau Laut itu, Bosmel tergerak hati untuk memberikan sedikit hadiah.
“Ini saya bagi RM100, baki simpan ya,” ujar Bosmel ikhlas.
Di ruangan kapsyen, Bosmel menitipkan pesanan supaya sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Tuhan.
“Jangan bandingkan rezeki orang. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik. Doa dan usaha jangan putus ya guys!” tulisnya.
Realiti kehidupan masyarakat Bajau Laut.
Selain mempunyai kemahiran luar biasa dalam menangkap ikan dan menyelam mereka juga mahir membina rumah di atas laut dan perahu yang dibina sendiri yang dipanggil ‘lepa’.
Perahu lepa mempunyai dua kaki di sebelah kiri dan kanan bagi memberi keseimbangan ketika mengharungi laut yang bergelora.
Namun nasib orang laut ini masih tidak berubah kerana masih merupakan orang ‘tanpa negara’ sungguhpun kerajaan Sabah berusaha meneliti mereka untuk tujuan kewarganegaraan.
Kebanyakan anak-anak mereka tidak bersekolah kerana tidak mempunyai sijil beranak dan ibu bapa pula tidak mempunyai kad pengenalan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : Mstar
Leave a Reply