PEMAIN sayap kebangsaan, Faisal Halim dilihat membuat kemunculan buat pertama kali di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada petang Sabtu selepas sebulan lebih bertarung dengan kecederaan susulan serangan asid.
Faisal atau mesra disapa Mickey hadir bersama ahli keluarganya untuk menyaksikan perlawanan Piala FA melibatkan Selangor FC menentang Negeri Sembilan.
Mickey dilihat ceria menyarung jersi pasukan Selangor FC bagi menyaksikan rakan sepasukannya berentap secara langsung dan bukan lagi menerusi siaran televisyen.
Menerusi perkongsian Flash Sukan di Facebook, bintang bola sepak itu diiringi oleh beberapa pengawal keselamatan dan melambai ke arah penyokong.
Kehadiran Muhammad Faisal Halim yang memakai baju jersi berwarna kuning turut melindungi tangannya dengan sarung lengan supaya tidak terdedah dengan kuman.
Peminat terubat rindu lihat kelibat Faisal Halim
Faisal yang masih menjalani pemulihan akibat disimbah asid sebelum ini buat julung kalinya muncul sambil ditemani keluarga tercinta.

Malah, bapanya, Halim Saad turut berdiri bersama-sama di barisan kesebelasan utama ketika menyaksikan ketika menyanyikan lagu Negaraku.
Ia merupakan kemunculan pertama pemain berusia 26 tahun selepas mengadakan sidang media dua hari lepas di Selangor Training Centre di Shah Alam.
Comeback stronger!
Kehadiran pemain itu telah menerima pelbagai reaksi di mana mereka teruja meskipun simpati mengenangkan nasib anak kelahiran Mengkuang Titi, Pulau Pinang.
Respect lu bro Mesti kaki ketar2 nak main semula tu . Speedy recovery bro https://t.co/jdhaKRXN61
— angah_ (@angahhhhhhh_) June 15, 2024
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : MStar

Leave a Reply