Konten Rapatkan Wajah Di Skrin, Suara Lembut, Influencer Muslimah Mengaku Salah -“Saya Minta Maaf..”

Terdahulu, pendakwah bebas popular, ustazah Asma menegur tindakan mempengaruh muslimah yang memberi nasihat menggunakan suara lembut dan manja sambil merapatkan wajah ke skrin.

Tegasnya, pendekatan pempengaruh muslimah itu tidak sesuai digunakan kerana mengundang pelbagai kesan negatif apabila menjadi ‘bahan’ kepada perbuatan jijik sesetengah pihak termasuk dalam kategori soft porn.

Influencer muslimah mengaku salah

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh influencer muslimah yang dikenali sebagai Fatin di laman TikToknya, dia berkata tujuan hantaran tersebut hanya mahu menyampaikan mesej kepada umum supaya tidak membandingkan diri dengan orang lain.

“Fatin sedar pendekatan  dalam menyampaikan mesej agak salah, tidak sesuai dari segi suara, muka yang betul-betul dekat dengan skrin.

“Jadi dengan rendah diri Fatin memohon maaf kesilapan yang saya buat. Banyak sangat benda yang Fatin belajar daripada apa yang berlaku terutamanya saya akan memperbaiki dari segi suara, ekspresi muka,” ujarnya.

Influencer muslimah mengaku salah

Influencer muslimah mengaku salah

Dalam pada itu, Fatin memberitahu akan memperbaiki kualiti kandungan videonya pada masa akan datang selepas mempelajari kesilapan yang dilakukan berhubung isu tersebut.

Bukan itu sahaja, dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai untuk segala teguran dan berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini.

“Untuk akan datang Fatin akan hasilkan kualiti video yang lebih baik dan sesuai. Fatin banyak sangat belajar tentang apa yang boleh buat dan tidak.

“Saya sebagai seorang muslim saya akan jaga lebih baik dan teliti proses sebelum memuat naik sebarang vide0 di media sosial, insya-Allah.

“Terima kasih untuk komen yang positif dan negatif sebab dari situ saya belajar banyak perkara. Saya akan terus memperbaiki diri dengan bimbingan satizah dan korang semua,” katanya.

Ustazah Asma tegur influencer muslimah, konten dijadikan ‘bahan’ perbuatan jijik

Terdahulu UAH memberi teguran, konten sebegitu telah mengundang pelbagai kesan negatif apabila menjadi ‘bahan’ kepada perbuatan jijik sesetengah pihak yang jelas-jelas termasuk dalam kategori soft porn.

Tambahnya, sebagai seorang wanita muslim, sangat tidak wajar apabila sengaja bersuara dengan lembut dan manja lebih-lebih lagi dengan gaya menggoda serta mendekatkan wajah ke skrin.

Cara tersebut dengan jelas adalah dilarang dan mendatangkan dosa kerana hukumnya adalah haram.

Sumber: OMM,TikTok @fatinnabila1

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*