Bekas suami kepada pelakon terkenal Nora Danish iaitu Nedim Nazri telah berkongsi gambar keadaannya yang terbaring di katil hospital.
Terbaring di katil hospital
Menerusi kapsyen yang disertakan Nedim, dia menyatakan yang dirinya berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital pada usia 41 tahun.
Meskipun sudah berpisah, Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 42, tetap mendoakan Nedim supaya tabah menghadapi dugaan kesihatan itu.
“Terus kuat daddy (panggilan Nora kepada Nedim,” katanya menerusi satu hantaran di Instastory.

Perkongsian Nedim dan Nora di Instastory mereka.
Sebelum itu, Nedim atau Mohamed Nedim Mohamed Nazri, memaklumkan dia dimasukkan di ICU di sebuah hospital.
“Sudah berumur 41 tahun dan saya kini dalam hospital, ICU,” ujarnya.
Namun kedua-duanya tidak menyatakan secara perincian mengenai sakit yang sedang ditanggung Nedim.
Pasangan ini sah bercerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.
Nedim melafazkan talak satu terhadap Nora sekaligus menamatkan spekulasi pergolakan rumah tangga mereka sebelum ini.
Usahawan itu ketika ditemui media selepas prosiding berlangsung enggan memberi sebarang komen berhubung keputusan untuk bercerai.
Untuk rekod, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 6 tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV
Sumber/ Kredit : MStar

Leave a Reply