
Ujian dan dugaan adalah asam garam dalam kehidupan. Setiap ujian yang dihadapi menjadikan kita lebih tabah dan matang dalam meniti ranjau hidup.
Tidak dinafikan banyak ujian yang dilalui oleh jemaah haji.
Ahli keluarga sambut ibu pulang haji di lapangan terbang
Menerusi perkongsian yang dibuat akaun TikTok wanie_zaidie8510 apabila memuat naik momen sewaktu menjemput ibunya di lapangan terbang bersama keluarga dengan menerima kenyataan bahawa bapa mereka sudah tiada.
Sambut ibu pulang haji, ayah sudah berada di syurga
Dalam perkongsian tersebut, dia meluahkan rasa syukur apabila ibunya selama sampai dan mendakap anak-anak selepas hampir sebulan lebih berada di Tanah Suci.
Ujar wanita itu, ibu tersayang berada dalam keadaan sihat dan kuat dengan memberitahu bahawa allahyarham bapa sudah berada di syurga menunggu isteri serta anak-anak tersayang.
Alhamdulillah mak sihat dan baik2 saja. Cuma ada sedikit batuk2.
Mental dan fizikal mak kuat. Mak juga hebat mcm ayah. Mak kata ayah tgh tggu kita smua kat syurga,” tulisnya.
Sambut ibu pulang haji, momen lambai berdua ketika pergi masih diingati
Wanita tersebut juga berkongsi video sewaktu ibu dan bapanya melambai buat kali terakhir sebelum berangkat ke Mekah pada 12 Mei lalu sebelum menerima khabar bapanya meninggal dunia pada 13 Jun 2024.
Berjanji akan terus menjaga ibu sebaik mungkin
Walau bagaimanapun, pengguna TikTok berkenaan menyatakan yang mereka adik beradik akan terus menjaga ibu dengan sepenuh jiwa raga semoga berdoa agar urusan mereka sekeluarga dipermudahkan diatas muka bumi ini selepas pemergian bapa.
Menitik air mata lihat momen ini
Menerusi posting yang dibuat oleh wanie_zaidie8510, ramai yang mengakui sebak melihat momen mereka berangkat berdua namun ternyata hanya seorang sahaja yang pulang dari mengerjakan haji.
Warganet turut mendoakan agar allahyarham Abd Manaf bin Haji Hanafi ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan ahli keluarga yang ditinggalkan terus kuat dalam menempuh kehidupan yang akan datang.
Sebak lihat bapa lambai tangan
Rezeki arwah meninggal di Tanah Suci
Orang yang baik, Allah jemput dahulu
Ramai yang alami hal sama
Sumber: TikTok wanie_zaidie8510*
Leave a Reply