”Cantik Macam Mama..”- Peminat Teruja Uqasha Senrose Dedah Wajah Anak Perempuan.

PASANGAN sama cantik sama padan, Uqasha Senrose dan Kamal Adli baharu bergelar ibu dan ayah.

Bayi sulung perempuan yang diberi nama Hawra Uqaira itu kini memasuki usia dua bulan.

Pelakon terkenal, Uqasha Senrose dedah wajah anak perempuannya, Hawra Uqaira selepas dua bulan melahirkan zuriat telah berjaya tarik perhatian warganet di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh isteri kepada aktor Kamal Adli itu di laman Instagramnya, dia berkongsi beberapa foto ketika majlis akikah dan kesyukuran anak sulungnya itu, baru-baru ini.

Uqasha Senrose dedah wajah anak

Dalam pada itu, aktres yang berusia 32 tahun itu berharap Hawra Uqaira dapat membesar dengan baik dan menjadi anak solehah kelak.

“Alhamdulilah syukur Ya Allah terima kasih banyak2 Ustaz Wadi Annuar sudi tahnik kan puteri Qasha. Semoga menjadi anak yang solehah anak ku,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Uqasha Senrose dedah wajah anak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya peminat teruja dan memuji kecomelan anak Uqasha yang mirip seperti wajah ibunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Sumber: Oh My Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*