‘Saya Sambut, Saya Azankan.’- Lelaki Dikhianati, Zuriat Kandung Rupanya Anak Biras

Acapkali kita dengar masalah perselingkuhan menjadi punca utama penceraian kebanyakan suami isteri.

Namun lebih menyakitkan lagi jika orang ketiga itu hadir di kalangan orang terdekat.

Dia yang mahu dikenali Putra, 38, berkata, hubungan sulit isterinya, Shaz (bukan nama sebenar) dengan biras, Khal (bukan nama sebenar) terbongkar pada tahun lalu.

Lelaki terkejut anak ketiga bukan zuriat kandung

Kongsi Putra, dia melakukan ujian DNA ke atas Putri di sebuah klinik swasta dekat Ampang, Selangor pada 26 Disember 2023 bagi mendapatkan kepastian mengenai status knak-kanak berkenaan.

Ujarnya, ujian DNA itu dilakukan sebaik sahaja mendapatkan pandangan daripada peguam.

“Saya amat terkejut dan terus hubungi ahli keluarga bagi memaklumkan tentang perkara berkenaan.

“Sehari selepas itu, kami sekeluarga pergi ke rumah bekas mentua di Pulau Pinang untuk mendapatkan penjelasan daripada bekas isteri sambil membawa laporan DNA,”katanya.

Bagaimanapun, Shaz dan ahli keluarga yang lain bermati-matian mengaku bahawa Putri adalah anak kandung mereka.

“Namun Shaz dan keluarganya malah menganggap saya menipu dan berulang kali menegaskan bahawa Putri anak kandung kami,” katanya.

Keputusan DNA Putri, Khal sepadan 99.99 peratus!

Reaksi yang ditunjukkan oleh bekas keluarga mentua yang masih membela wanita itu telah membuatkan dia tekad mahu menghebahkan kepada media pada awal tahun ini.

Namun, keesokan harinya, bekas bapa mentua menghubunginya dan menyatakan hasrat mahu berjumpa dan berbincang mengenai perkara tersebut di rumah Putra yang terletak di Perak.

“Bekas adik ipar saya, Khal turut hadir dalam perjumpaan tersebut dan menegaskan bahawa Putri bukan anaknya. Khal malah memberitahu bahawa dia juga akan membuat ujian DNA untuk mendapatkan pengesahan.

“Dia buat ujian tersebut pada 11 Januari di klinik sama dan keputusan yang keluar pada 23 Januari menunjukkan Khal sememangnya bapa kandung kepada Putri, dengan padanan sebanyak 99.99 peratus,”ujarnya.

Dah lebih lima tahun jalin hubungan

Apa yang membuatkan dia tidak menyangka apabila mengetahui bekas isteri dan bekas adik ipar sebenarnya sudah menjalinkan hubungan di luar pengetahuannya sudah lebih tahun lalu lalu.

Kejadian tersebut terbongkar selepas dia menjumpai butiran panggilan telefon antara mereka berdua menerusi telefon pintar Shad pada tahun 2019.

Katanya lagi, dia juga mendapati sistem aplikasi penghantaran makanan sejak tahun 2020 hingga 2021 menunjukkan semua makanan itu dihantar ke rumah adik iparnya dan beberapa hotel sekitar Pulau Pinang.

Berdasarkan segala bukti perbualan menerusi aplikasi Signal, rakaman suara dan alamat aplikasi penghantaran makanan juga menunjukkan mereka sudah lama berhubungan.

“Ketika itu kami memutuskan untuk tinggal berasingan (tidak bercerai) selama enam bulan.

“Namun selepas itu bekas isteri merayu untuk kembali. Setelah memikirkan masa depan anak-anak dan nasihat daripada ibu bapa, kami berdua kembali bersama sehinggalah dia mengandung anak yang ketiga,”kongsinya lagi.

Saya sambut, saya azankan, saya ada dalam labour room…3 tahun berbintikan nama saya

Walaupun kanak-kanak itu bukan anak kandungnya, Putra masih mencurahkan kasih sayang seperti biasa sampai ke hari ini. Sudah tidak mempunyai hubungan dengan bekas isteri, Putra bagaimanapun kesal kerana pihak sana telah menyebarkan dakwaan tidak benar yang pastinya memburukkan nama Putra. Di mana pula keadilan buat dirinya yang sudah ditipu selama ini? Menurutnya pada waktu-waktu sekarang, mereka seharusnya memikirkan tentang nasib kanak-kanak tidak berdosa itu. Bukannya mengeruhkan lagi keadaan dengan plot-plot yang tidak penting.

Putra turut memaklumkan, dia dan bekas isteri sebelum ini menjalani kehidupan rumah tangga perhubungan jarak jauh (PJJ) atas alasan wanita berkenaan mahu menumpukan perhatian pada proses pembelajaran ijazah doktor falsafah (PhD) secara dalam talian.

“Saya menetap di Perak untuk menguruskan bisnes, manakala bekas isteri dan anak-anak tinggal bersama bekas keluarga mentua di Pulau Pinang sementara waktu,” jelasnya.

Tetapi, dirinya tidak pernah terlintas bahawa pisang akan berbuah dua kali dan lebih dahsyat anak ketiga sebenarnya bukan anak kandung.

Putra juga akui dia amat sayang akan Putri termasuk dua anak lelaki yang masing-masing berusia 12 dan sembilan tahun.

“Selepas bercerai pada 17 Januari lalu, anak-anak tinggal bersama bekas isteri, walaupun tidak sebumbung, saya tetap memberikan nafkah kepada mereka. Saya sangat sayang Putri kerana memang berkeinginan untuk mempunyai cahaya mata perempuan.

“Meskipun mengetahui hakikat dia bukan anak kandung, saya tetap tidak lupa untuk berjumpanya bersama anak-anak lain dan bersedia memberikan yang terbaik untuk masa depannya kelak, sebab anak kecil ini tidak bersalah.

“Sehingga minggu lepas pun, apabila telefon dia masih tanya..papa where are you? When are you coming back? You working ha? Saya tidak perlu berlakon, saya memang sayang.

“Cuma agak terkilan kerana saya sedar pada akhirnya, satu hari nanti apabila Putri sudah dewasa, keadaan (merujuk kepada batas pergaulan) mungkin sudah tidak sama seperti sekarang,”luahnya dalam nada pilu.

Dakwa Putra, sehingga kini bekas isterinya masih menjaja kisah tidak benar kepada sanak-saudara dengan mengatakan Putri adalah anak kandung mereka dan dia culas menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TV

Sumber/ Kredit  OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*