“Tak Nak Anak, Bagi Saya“- Hazama Anggap Trend Pasangan Muda Nikah Tak Mahu Anak ‘Rugi’

Terdahulu, isu ‘childfree’ atau konsep kehidupan tanpa zuriat menjadi topik perdebatan dalam media sosial sehingga mencetuskan pelbagai pandangan berbeza.

Ada dalam kalangan mereka memilih ‘childfree’ dan menganggap anak itu adalah bebanan yang dipercayai didorong oleh faktor ekonomi dan kebebasan hidup bersama pasangan.

Hazama anggap pasangan muda pilih childfree rugi

Penyanyi, Hazama anggap pasangan muda pilih childfree rugi kerana tidak mahu mempunyai anak yang menjadi trend pada masa kini.

Bagaimanapun, pemilik nama Hazama Azmi tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana mereka berhak membuat keputusan sendiri dalam menentukan perancangan keluarga.

“Tapi terpulanglah kepada setiap pasangan, siapa saya untuk cakap lebih-lebih, mungkin mereka belum lagi mendalami erti perkahwinan sebenar atau ada matlamat lain.

“Pada saya, kalau kahwin dan boleh dapat anak, biarlah ada anak, nanti bila kita nak Allah tak bagi, macam mana?,” katanya.

Perlu bertanggungjawab, jangan dera amanah Allah

Dalam pada itu, pelatun lagu Penglipur Lara itu juga tidak bersetuju apabila wujudnya pasangan tidak bertanggungjawab yang tergamak mendera atau membuang zuriat yang telah diamanahkan kepada mereka.

Isu berkenaan secara tidak langsung membuatkan penyanyi berusia 40 tahun itu termenung dan terfikir buat seketika.

“Ada pula yang ada anak dibuang dan didera, sayang sangat sebab Tuhan bagi bukan untuk itu.

“Kadangkala bila saya dengar isu sebegini saya termenung dan terfikir kenapa Tuhan bagi dekat orang begitu. Patut bagi pada saya yang tahu dan mahu jaga anak.

“Kita kena ingat, apa yang kita buat ada balasannya, tanggung lah nanti jika buat begitu,”katanya lagi.

Sekadar info, Hazama mendirikan rumah tangga dengan Genervie yang juga seorang pengarah muzik mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2017. Namun, mereka masih belum dikurniakan rezeki zuriat.

Sumber: Kosmo! Online (Muhammad Haikal Ramli)

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*